Bekas isteri Sultan Kelantan muat naik gambar anak, tidak sentuh tentang isu cerai
Peguam Sultan Muhammad V sahkan perceraian pasangan
Jul 23, 2019 | 05:30 AM
KUALA LUMPUR: Bekas ratu cantik Russia Oksana Voevodina, yang perceraiannya dengan Sultan Muhammad V disahkan baru-baru ini oleh peguam sultan Kelantan itu, menyambut umur dua bulan anak mereka dengan satu pos Instagram semalam untuk mengucapkan terima kasih kepada peminatnya bagi sokongan mereka.
Bagaimanapun, Cik Voevodina, 27 tahun, tidak menyebut mengenai status hubungannya dengan Sultan Muhammad V.