Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bekas Isteri Sultan Kelantan mulai berkongsi kisah rumahtangga

Sep 05, 2019 | 09:15 PM



MALAYSIA - Bekas Ratu Kecantikan Rusia, Oksana Voevodina, telah berkongsi butiran melalui akaun Instagram beliau mengenai pertemuan pertama beliau dengan bekas suami Sultan Muhammad V dari Kelantan, beberapa hari setelah pengumuman beliau mengenai perkahwinan ringkas mereka.



Cik Voevodina, yang berusia 27 tahun itu, yang berkahwin dengan bekas Agong Malaysia dan seterusnya dicerai, telah memuatnaikkan pos itu di Instagram pada hari Rabu (4 September), disertai dengan foto mereka berpasangan.



Berita mengenai penceraian mereka tersiar pada bulan Julai, dengan peguam Sultan di Singapura mengesahkan kepada The Straits Times (ST) pada 20 Julai bahawa perceraian itu telah dilaksanakan di Singapura pada 22 Jun mengikut undang-undang syariah.



Cik Voevodina, yang juga dikenali sebagai Rihana Oksana Petra, berkata dalam pos Instagramnya bahawa beliau rasa sangat yakin terhadap Sultan Muhammad V, yang beliau percayai akan menjadi bapa kepada anak-anaknya apabila mereka bertemu.



Bekas Ratu Cantik dari Moscow itu mengatakan bahawa Sultan Muhammad V pernah berkata, "wanita selalu menggunakannya untuk wang" dan memiliki anak "adalah mimpi terbesar dalam hidupnya".



Pos Instagram Cik Voevodina mengenai "Kisah Berkenalan(nya)" bersama Sultan Muhammad V. -Foto: INSTAGRAM/@RIHANAPETRA

Walaupun rumah tangga dengan Sultan merupakan hubungan yang penuh cabaran, beliau menyimpan kisah itu secara peribadi.



Ketika itu, Cik Voevodina masih lagi menyiarkan gambar-gambar anak lelaki mereka, Ismail Leon, yang dilahirkan pada 21 Mei, serta berkongsi pengalamannya sebagai seorang ibu dan kisah tentang cinta dirajanya.



Beliau juga tidak ingin menangani spekulasi media mengenai perpisahan mereka dengan menegaskan ketika itu bahawa pasangan itu masih berkahwin. 



Tetapi Cik Voevodina telah mula berkongsi tentang perkahwinannya dengan secara terbuka tiga hari lalu.



Menurut Cik Voevodina di Instagram pada hari Isnin (2 September):  "Sebelum ini, saya tidak bersedia untuk menceritakan semuanya.. Kemungkinan, jika saya memberitahu anda kisah sebenar, saya akan merasa lega.. Tetapi, saya tidak mahu menyakiti sesiapa pun, ianya pasti akan menyakitkan sekali."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >