Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bekas jurubank Goldman Sachs buat kerja sampingan, dibayar AS$41,000 sebulan

Mar 13, 2022 | 5:30 AM
926bbecf-7b3b-4a37-a313-f555f63d6a80
-

NEW YORK: Bekas jurubank Goldman Sachs, Tim Leissner, mendedahkan di mahkamah Amerika Syarikat (AS) bahawa dia melakukan kerja sampingan dengan bayaran lebih AS$41,000 ($55,230) sebulan.

Katanya, bayaran itu adalah bagi menguruskan harta peribadi jutawan AS, Encik David Bonderman, yang juga pengasas bersama syarikat pelaburan TPG Inc.

Ia adalah syarikat sama yang dikaitkan Leissner dengan latihan industri bagi anak perempuan bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak Tun Razak.

Kerja sampingan Leissner itu dilakukan ketika dia masih bekerja untuk Goldman Sachs sebagai ketua Asia Tenggara dan tidak menyatakannya kepada ketua bank pelaburan itu.

Dia memberitahu mahkamah semalam bahawa dia menerima lebih AS$41,000 sebulan daripada Wildcat Capital Management, syarikat yang menyelia kekayaan peribadi Bonderman.

Sekali pun mengakui 'konflik kepentingan' akibat perkhidmatan itu, tidak dapat dipastikan apakah peranan sebenar Leissner di Wildcat, sehingga dia meninggalkan Goldman Sachs pada menjelang 2016.

Dia dikritik oleh pasukan peguam pembela bekas rakan sekerjanya di Goldman Sachs, Roger Ng, ketika peguam berusaha untuk menjejaskan kredibilitinya dengan menonjolkan pengakuannya terhadap pembohongan yang dikaitkan kepada pegawai kerajaan, penyiasat dan keluarganya. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg