Topik diikuti
Pergi ke BHkuBekas ketua SPRM: Kenyataan Najib perihal RM2.6b bercanggah bukti AS
Bekas ketua SPRM: Kenyataan Najib perihal RM2.6b bercanggah bukti AS
Bekas ketua SPRM: Kenyataan Najib perihal RM2.6b bercanggah bukti AS
TAN SRI ABU KASSIM: 'Mahkamah akan mendedahkan kebenaran." - Foto fail BHM -
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Nov 1, 2018 | 5:30 AM
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati dakwaan mantan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa wang RM2.6 bilion ($806 juta) yang diterimanya ialah derma daripada kerabat diraja Arab Saudi tidak benar selepas agensi itu menemui pegawai pihak berkuasa Amerika Syarikat di Washington.
Bekas ketua pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed, berkata bukti yang disediakan oleh Biro Siasatan Federal (FBI) dan Jabatan Kehakiman Amerika (DoJ) bercanggah dengan dakwaan Datuk Najib itu.
