Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bekas komando Malaysia dakwa Najib perintahnya bunuh model Mongolia Altantuya

Dec 16, 2019 | 08:13 PM



KUALA LUMPUR: Pembunuh yang telah didapati bersalah, Azilah Hadri, mendakwa dia telah diarahkan untuk membunuh model Altantuya Shaariibuu pada 2006 oleh mantan perdana menteri Malaysia, Najib Razak dan rakan politiknya, Abdul Razak Baginda.



Dakwaan itu dengan segera ditolak oleh bekas Perdana Menteri itu.



Dalam satu Akuan Berkanun (SD) Azilah yang difailkan pada 17 Oktober 2019 dan dilaporkan oleh laman berita Malaysiakini pada hari Isnin (16 Disember), bekas komando polis itu berkata beliau dan bekas rakan kerjanya Sirul Azhar Umar telah membunuh rakyat Mongolia itu, berikutan perintah "tembak untuk bunuh" oleh Najib.





Azilah dan Sirul ialah bekas anggota unit tindakan khas (UTK) polis, dan tugas mereka termasuk menjaga VVIP, seperti Najib yang waktu itu Timbalan Perdana Menteri (DPM), lapor The Straits Times.





Azilah, yang didapati bersalah pada 2009 bagi pembunuhan itu dan dijatuhkan hukuman penjara bersama Sirul, mendakwa Najib telah memerintahkannya untuk "menangkap dan memusnahkan" Shaariibuu kerana dia adalah "mata-mata asing" dan "ancaman kepada keselamatan negara."



"Saya bertanya kepada DPM apa yang dimaksudkannya dengan menangkap dan memusnahkan mata-mata asing itu, dia menjawab: 'Tembak untuk membunuh', dan menunjukkan tanda 'sembelih'" kata Azilah, 43 tahun, dalam akuan berkanun, seperti yang dipetik oleh Malaysiakini.



Dia juga mendakwa Najib telah memberitahunya untuk memusnahkan mayat itu dengan bahan peledak untuk menghilangkan semua bukti, sambil menambah Najib memberi amaran kepadanya supaya "berhati-hati" dengan mata-mata itu, yang akan dakwa dia hamil.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >