Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bekas menteri M’sia Samy Vellu meninggal dunia

Sep 15, 2022 | 04:48 PM



KUALA LUMPUR: Bekas Presiden Kongres India Malaysia (MIC), Tun Dr S Samy Vellu, meninggal dunia di kediamannya di Jalan Ipoh sekitar 7 pagi tadi.



Bekas Menteri Kerja Raya itu meninggal dunia pada usia 86 tahun, dan difahamkan beliau meninggal dunia ketika dalam tidur.



Perkara itu disahkan bekas Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam, dalam satu kenyataan di Facebook beliau hari ini (15 September).



“Dengan rasa sedih dan pilu, saya menerima berita tragis pemergian Tun Samy Vellu, bekas Presiden MIC dan menteri legenda dalam Kabinet Malaysia daripada anaknya, Datuk Seri Vell Paari.



“Takziah kepada Toh Puan, Datuk Seri Vell Paari dan seluruh ahli keluarga atas kematiannya. Beliau menjalani sepenuhnya kehidupan yang mulia dan pergi dengan penuh penghormatan serta penghargaan,” katanya.



Mengenang jasa mendiang, Dr Subramaniam, yang juga bekas Menteri Kesihatan, berkata Tun Samy Vellu memberi sumbangan besar terhadap negara dan masyarakat India.



Antara sumbangan besar mendiang adalah mewujudkan Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED), Universiti AIMST dan Kolej Tafe.



“Justeru, sumbangan beliau kepada negara dan masyarakat India akan kekal dalam ingatan kami,” katanya.



Tun Samy Vellu menerajui MIC selama 31 tahun bermula 1979 hingga 2010.



Beliau mula menceburi bidang politik pada usia 23 tahun pada 1959 apabila dia menyertai MIC cawangan Batu Caves.



Tun Samy Vellu juga antara menteri Kabinet paling lama berkhidmat, iaitu selama 29 tahun.



Beliau dilantik sebagai Menteri Kerja Raya daripada 1983 hingga 1989 dan 1995 hingga 2008, selain menjadi Ahli Parlimen Sungai Siput bermula 1974 hingga 2008.



Mendiang pernah berkhidmat sebagai anggota pentadbiran persekutuan di bawah tiga Perdana Menteri, iaitu Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Badawi, dari 1978 hingga 2008.



Sementara itu, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, menerusi Facebook, berkata:



“Pemergian mendiang satu kehilangan besar buat masyarakat dan negara. Jasa dan pengorbanan mendiang selama menjadi Presiden MIC serta menteri Kabinet akan terus dikenang.” 



Bekas setiausaha yang mewakili keluarga Tun Samy Vellu, Datuk E Sivabalan, berkata mendiang akan dibawa ke Krematorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dekat Jalan Kuari, Cheras esok.



Orang ramai turut memberi penghormatan terakhir kepada mendiang dengan hadir di kediamnnya semalam. – Agensi berita



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >