Topic followed successfully
Go to BHkuBekas model yang dituduh berkelakuan lucah dibenar ikat jamin
Premium
Bekas model yang dituduh berkelakuan lucah dibenar ikat jamin
May 6, 2015 | 5:30 AM
Bekas model yang dituduh berkelakuan lucah dibenar ikat jamin
TARIK NAFAS LEGA: Persana Avril Sollunda tidak mengaku bersalah atas tuduhan melakukan perbuatan lucah di tempat awam. Abangnya membayar ikat jamin sebanyak RM7,000 setelah Mahkamah Majistret membenarkan ikat jamin. - Foto THE STAR -
KUALA LUMPUR: Selepas lapan hari dipenjara atas tuduhan melakukan perbuatan lucah di tempat awam, model sambilan Persana Avril Sollunda, 33 tahun, akhirnya mampu menarik nafas lega apabila Mahkamah Majistret di sini semalam membenarkan dia diikat jamin RM7,000 ($2,640) dengan seorang penjamin.
Ikat jamin itu dibayar abangnya, selepas peguam Persana, Encik Muhammad Nor Izzat Nordin, meminta jumlah RM10,000 yang ditetapkan dikurangkan kerana "kesalahan itu kecil".

