Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bekas pegawai polis AS, didapati salah bunuh George Floyd

Penjara 12 setengah tahun atas kesalahan bunuh - libat warga kulit hitam - sebagai pesalah jenayah kali pertama
Apr 22, 2021 | 05:30 AM



MINNEAPOLIS: Bekas anggota polis Minneapolis, Derek Chauvin, didapati bersalah pada Selasa atas tuduhan pembunuhan tahap kedua dan tahap ketiga serta pembunuhan orang dalam penahanan yang mengorbankan Encik George Floyd.



Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, menyifatkan keputusan mahkamah itu "satu langkah besar" bagi keadilan di Amerika.



"Ia adalah satu pembunuhan di siang hari yang jelas berlaku, dan ia meragut pelindung cahaya untuk dunia melihatnya. Perkauman yang sistemik adalah kotoran pada jiwa negara ini," katanya dalam ucapan yang disiarkan di televisyen.



Mantan presiden Amerika, Encik Barrack Obama dan isteri, Cik Michelle Obama, memuji keputusan mahkamah.



"Keadilan yang sebenarnya memerlukan kita semua mengakui bahawa masyarakat kulit hitam Amerika diperlakukan secara berasingan, setiap hari," ujarnya.



"Ia memerlukan kita untuk mengakui bahawa jutaan rakan kita, ahli keluarga, dan rakyat senegara hidup dalam ketakutan bahawa pertembungan mereka dengan pihak berkuasa nanti mungkin adalah yang terakhir. Ini memerlukan kita untuk melakukan sesuatu yang adakalanya tidak dapat dihargai, seringkali sukar, tetapi perlu, demi menjadikan Amerika yang kita kenali, menjadi sebuah Amerika yang kita semua percayai," tambahnya.



Chauvin, 45 tahun, berdepan pertuduhan membunuh Encik Floyd pada 25 Mei 2020, insiden yang membawa kepada bantahan besar-besaran terhadap ketidakadilan berunsur perkauman, sekali gus memahat titik penting berkait kebertanggungjawapan polis.



Juri 12 anggota mendapati Chauvin bertanggungjawab secara jenayah dalam kematian lelaki berkulit hitam itu tahun lalu, selepas mempertimbang keterangan daripada 45 saksi dalam tempoh tiga minggu, termasuk pemerhati, pegawai polis dan pakar perubatan.



Pihak juri memulakan perbincangan mereka pada Isnin.



Dalam konfrontasi yang dirakam dalam video itu Chauvin, anggota polis berkulit putih menekan lututnya ke atas leher Encik Floyd, 46 tahun, yang sedang bergari selama lebih sembilan minit pada 25 Mei 2020, selepas dia dan tiga pegawai lain menahan Encik Floyd yang dituduh menggunakan wang kertas palsu bernilai AS$20 ($26.60) untuk membeli rokok di kedai runcit.



Kematian Encik Floyd mencetuskan rusuhan besar-besaran di bandar Amerika Syarikat dan seluruh dunia pada tahun lalu.



Mahkamah di Minneapolis dikelilingi penghadang tinggi dan dikawal anggota Pasukan Pengawal Nasional.



Banyak perniagaan di pusat bandar menaikkan tingkap premis masing-masing sebagai persediaan untuk mengetahui keputusan kes itu.



Walaupun sistem keadilan jenayah dan juri Amerika sejak sekian lama memberi kelonggaran dan beberapa perlindungan undang-undang kepada pegawai polis yang menggunakan kekerasan dalam penahanan orang awam, juri dalam kes terbabit mendapati Chauvin melampaui batas dan menggunakan kekuatan secara berlebihan.



Di bawah garis panduan hukuman Minnesota, Chauvin dihukum penjara 12 setengah tahun atas kesalahan membunuh sebagai pesalah jenayah kali pertama.



Bagaimanapun, pendakwa raya boleh memohon hukuman untuk tempoh lebih panjang sehingga maksimum 40 tahun jika Hakim Daerah Hennepin, Encik Peter Cahill yang mengetuai perbicaraan itu memutuskan ada 'faktor yang memburukkan'.



Di Minnesota, penjenayah yang disabitkan kesalahan biasanya meninggalkan penjara dengan pembebasan yang diawasi selepas menyelesaikan dua pertiga daripada hukuman mereka.



Chauvin tidak mempunyai sabitan jenayah sebelum ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >