Topik diikuti
Pergi ke BHkuBekas pemandu Suu Kyi dicalon jadi Presiden Myanmar

Mar 11, 2016 | 5:30 AM
Bekas pemandu Suu Kyi dicalon jadi Presiden Myanmar
NAYPYIDAW: Parti Liga Demokratik Kebangsaan (NLD) pimpinan Cik Aung San Suu Kyi mencalonkan bekas pemandu dan pembantu rapat tokoh demokrasi itu sebagai presiden baru Myanmar, ketika pemenang Hadiah Nobel itu bersedia memerintah negara berkenaan menerusi proksi yang dipercayai.
Cik Suu Kyi berikrar berada 'di atas' presiden, walaupun dihalang menduduki jawatan tertinggi itu oleh Perlembagaan yang dirangka tentera, ketika berusaha memenuhi mandat besar yang diberi jutaan pengundi Myanmar dalam kemenangan besar NLD dalam pilihan raya November lalu.