Bekas pembantu Anwar Ibrahim kemuka saman sivil terhadapnya atas tuduhan salah laku seksual
Bekas pembantu Anwar Ibrahim kemuka saman sivil terhadapnya atas tuduhan salah laku seksual
PETALING JAYA: Bekas pembantu ahli politik pembangkang Malaysia Anwar Ibrahim telah mengemukakan saman sivil terhadapnya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas tuduhan salah laku seksual pada 2018.
Dalam pernyataan tuntutan yang dilihat oleh akhbar The Star, Encik Muhammad Yusoff Rawther meminta pengisytiharan bahawa Datuk Seri Anwar, 73 tahun, telah melakukan serangan atau pencerobohan seksual terhadapnya.
Encik Yusoff, 28 tahun, juga meminta ganti rugi sebanyak RM180 ($60) bagi setiap sesi terapi, ganti rugi teladan, kos pengadilan, faedah 5 peratus setahun bagi sebarang kemungkinan penghakiman dan kos atau ganti rugi lain-lain.
Pada 14 Januari 2020, Pejabat Peguam Negara mengumumkan ia telah memutuskan untuk mendakwa sesiapa yang berkaitan dengan kes melibatkan Encik Yusoff dan Datuk Seri Anwar kerana bukti yang tidak mencukupi dan percanggahan fakta material.
Pada November 2019, Encik Yusoff juga telah mengajukan perisytiharan berkanun yang menuduh bahawa Datuk Seri Anwar telah mencabul kehormatannya pada 2 Oktober 2018 di rumah ahli politik itu.
Datuk Seri Anwar menafikan dakwaan tersebut dan berkata beliau sedang berkempen di Port Dickson, Negeri Sembilan pada pilihan raya kecil 2018 pada hari beliau dituduh melakukan perbuatan itu di rumahnya di Kuala Lumpur. - Agensi berita

