Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bekas PM Msia Muhyiddin antara suspek siasatan Jana Wibawa

Feb 19, 2023 | 6:05 PM
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Tan Sri Muhyiddin Yassin - AFP

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Ahad (19 Feb) mengesahkan bekas Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, antara suspek yang disiasat bagi projek Jana Wibawa. Projek itu merupakan inisiatif Kementerian Kewangan membantu kontraktor bumiputera yang terjejas akibat pandemik Covid-19. Sumber SPRM berkata dalam siasatan SPRM, Tan Sri Muhyiddin adalah suspek siasatan ketika beliau dipanggil memberi keterangan di SPRM. Menurut sumber, selaku suspek, Tan Sri Muhyiddin tidak sepatutnya memberi ulasan berunsur spekulasi kerana perkara itu boleh mengganggu siasatan SPRM, lapor Berita Harian Malaysia. Bercakap kepada media selepas melancarkan kempen derma darah Tan Sri Muhyiddin berkata: "Saya memaklumkan kepada SPRM bahawa saya tidak bersalah, dan mereka nampaknya berpuas hati; Saya harap perkara ini tidak dibangkitkan lagi." Tan Sri Muhyiddin berkata soalan yang dibangkitkan mengenai projek berkenaan adalah satu lagi percubaan untuk memfitnahnya. "Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara telah meneliti perolehan vaksin Covid-19, tetapi kini ada pihak yang berhasrat untuk meneruskan dan cuba mengaitkan nama saya dengan rasuah. "Saya tidak mengambil walaupun satu sen," katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg