Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bekas PM Najib Razak dan ketua 1MDB Arul Kanda bakal didakwa atas isu pindaan laporan audit

Dec 10, 2018 | 03:46 PM



PUTRAJAYA: Pendakwa raya Malaysia bersedia untuk mendakwa bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan mantan presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy Rabu ini (12 Disember) atas isu pindaan laporan akhir Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 



Menurut sumber, bekas perdana menteri itu akan didakwa atas tuduhan menggunakan kedudukannya untuk menyuruh Ketua Audit pada masa itu untuk mengecualikan beberapa perkara dalam laporan tersebut. 



Arul Kanda akan didakwa membantu Datuk Najib melakukan kesalahan itu. 



Kededuanya dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. 



Pada 25 November lalu, Ketua Audit (Auditor-General) Madinah Mohamad mendedahkan bahawa audit akhir laporan mengenai 1MDB telah dipinda dan Datuk Najib sedar akan perkara tersebut. 



Beliau juga mendedahkan dua perkara penting yang dikecualikan dalam laporan tersebut adalah kehadiran ahli niaga Low Taek Jho atau Jho Low semasa mesyuarat lembaga 1MDB serta status kewangan 1MDB. 



Pindaan terhadap laporan tersebut dilakukan pada 26 Februari 2016 atas sebab ‘isu sensitif’. 



Datuk Najib ditahan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini (10 Disember) kerana didakwa terlibat dalam meminda laporan akhir Pengauditan 1MDB.



Difahamkan Datuk Najib telah dibebaskan dengan jaminan SPRM pada jam 1.21 tengah hari tadi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >