Bekas Raja Sepanyol tinggalkan negara ekoran skandal rasuah
Premium
Bekas Raja Sepanyol tinggalkan negara ekoran skandal rasuah
Aug 5, 2020 | 5:30 AM
IMEJ TERJEJAS: Imej Juan Carlos I terjejas sejak beberapa tahun ekoran dakwaan-dakwaan rasuah berkaitan dengannya. - Foto AFP -
MADRID: Bekas Raja Sepanyol, Juan Carlos I, memimpin negara itu ke arah demokrasi dan menggagalkan rampasan kuasa tentera, namun akhirnya beliau terpaksa meninggalkan negara itu ekoran dakwaan rasuah yang telah merosakkan namanya.
Beliau melepaskan jawatan sebagai ketua kerajaan pada 2014 setelah memainkan peranan penting dalam sejarah moden Sepanyol, menjadi ketua negara pertama dinobatkan dalam 44 tahun setelah kematian Jeneral Francisco Franco.

