Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bekas Timbalan PM Malaysia, Ahmad Zahid Hamidi, dan isteri miliki 20 kenderaan peribadi

Dec 04, 2019 | 04:31 PM



KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi diberitahu semalam (3 Dis) bahawa terdapat 19 kenderaan, antaranya jenama mewah Mercedes Benz, BMW dan Audi, serta motosikal berkuasa tinggi didaftarkan di bawah nama Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.



Penolong Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Zaharudin Zainuddin, turut memberitahu mahkamah bahawa Dr Ahmad Zahid membayar insurans kenderaan dan cukai jalan berjumlah RM35,726.80 ($11,660) setiap tahun bagi kesemua kenderaan dimilikinya.



Beliau berkata demikian ketika membaca penyataan saksi pada hari keenam perbicaraan kes Dr Ahmad Zahid membabitkan 47 tuduhan termasuk 12 dakwaan pecah amanah, lapan kes rasuah dan 27 pengubahan wang haram berkaitan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.



Bagi pertuduhan pecah amanah, Dr Ahmad Zahid, 66 tahun, didakwa menggunakan dana berkenaan untuk membuat enam pembayaran kad kredit milik persendirian, polisi insurans kenderaan dan lesen motor persendirian, kiriman wang kepada sebuah firma guaman dan sumbangan kepada persatuan bola sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM).



Saksi ke-12 pendakwaan itu berkata rekod kenderaan dan insurans turut mengesahkan beliau memiliki 11 kereta, lapan motosikal berkuasa tinggi dan satu motosikal klasik.



“Antara kenderaan yang didaftarkan bawah nama Ahmad Zahid adalah tiga kereta serba guna jenama Toyota Vellfire, Lexus 460, Mercedes Benz, Audi, Honda Odessey, Toyota Land Cruiser dan Chrysler Jeep Wrangler.



“Saya turut mengesahkan maklumat terperinci kenderaan dan insurans bagi dua motosikal Harley Davidson, BMW C 600, Ducati, Kawasaki dan lain-lain.



Bagaimanapun, Encik Zaharudin, semasa membacakan penyataan saksi dalam prosiding itu di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah, berkata empat daripada kenderaan itu di bawah nama isteri Ahmad Zahid, Datin Seri Hamidah Khamis. - BH Online




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >