Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

LONJAKAN KES OMICRON

AS bekerjasama dengan SG berhubung data ujian Covid-19

Jan 08, 2022 | 05:30 AM



WASHINGTON: Pusat Kawalan Penyakit dan Perlindungan Amerika Syarikat (CDC) sedang bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Singapura berhubung data ujian Covid-19 negara, kata agensi Amerika kepada Bloomberg News, kelmarin.



CDC juga akan mengemaskini Notis Kesihatan Perjalanan bagi Singapura.



Langkah tersebut diambil selepas beberapa hari CDC mengklasifikasi semula nasihat Covid-19 awal minggu ini bagi Singapura dan menyatakan bahawa keadaan di negara itu "tidak diketahui".



Yang menjadi isu adalah kurangnya dapatan ujian yang sebelum ini CDC mendapatnya daripada pengagregat Our World in Data, menurut kenyataan berasingan daripada CDC kepada Bloomberg pada masa tersebut.



Susulan itu, CDC memberi amaran bahawa "pengunjung yang telah divaksinasi penuh juga boleh berdepan risiko dijangkiti dan menyebarkan varian Covid-19".



Ini yang menempatkan Singapura bersama-sama Afghanistan, Korea Utara dan Syria di bawah kategori destinasi yang disyorkan agar warga Amerika mengelaknya kerana jangkitan tinggi.



Destinasi CDC itu memeranjatkan pegawai di Singapura, yang mengekalkan ujian lebih ketat dan langkah penjarakan sosial berbanding Amerika dan Kementerian Kesihatan di sini, yang memuatnaik statistik virus terperinci dalam bahasa Inggeris setiap hari dalam talian.



Sebagai respons, Singapura berkata ia akan mengongsi statistik Covid-19 dengan CDC dan kedutaan setempat Amerika.



"Sekadar memberi penjelasan, kami tahu keadaan kami dengan baik," kata Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, kepada wartawan pada Rabu lalu.



Encik Ong berkata lebih daripada 150,000 ujian tindak balas rantaian polimerase (PCR) dilakukan setiap minggu, dan ini bermakna lebih daripada 21,000 ujian sedemikian dilakukan setiap hari.



Kadar positif bagi ujian tersebut berada di bawah 2 peratus, katanya.



Singapura mempunyai 145 stesen ujian pembuangan air serata negara, termasuk di estet perumahan, dormitori dan rumah penjagaan.



"Hanya segelintir sahaja yang menunjukkan ada kehadiran fragmen virus Covid-19 yang menular," tambah Encik Ong.



"Justeru, kami yakin kejadian Covid-19 dalam masyarakat kita buat masa ini rendah dan stabil," katanya lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >