Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Belanja istiadat pemakaman Ratu Elizabeth II capai £162 juta

May 19, 2023 | 10:30 AM



LONDON: Kerajaan United Kingdom (UK) membelanjakan hampir £162 juta ($271 juta) bagi urusan pemakaman Ratu Elizabeth II dan acara sampingan lain sepanjang tempoh berkabung selama 10 hari, kata Kementerian Kewangan.



Pemakaman negara pada 19 September 2022 itu berlangsung 11 hari selepas kematiannya.



Semasa tempoh berkabung nasional itu, ratusan ribu orang melawat Westminster Abbey, tempat jasadnya ditempatkan.



Menurut laporan portal BBC News, daripada jumlah itu, dua kementerian iaitu Kementerian Dalam Negeri serta Kementerian Kebudayaan, Media dan Sukan menanggung kos yang tinggi.



Kos yang ditanggung kedua-dua kementerian itu masing-masing ialah sebanyak £74 juta dan £57 juta.



Kesemua kos yang ditanggung jabatan kerajaan berkaitan dengan pemakaman mendiang Elizabeth serta acara lain sebelumnya.



Antaranya, termasuk sepanjang jasad baginda ditempatkan di St Giles Cathedral Edinburg bagi membolehkan orang ramai memberi penghormatan terakhir.



Menurut Menteri Kewangan, Encik John Glen, keutamaan kerajaan pada masa itu adalah untuk memastikan acara berkenaan berjalan lancar dan dengan penuh penghormatan, selain memastikan keselamatan orang awam terjaga pada sepanjang masa.



Dalam kenyataan menteri secara bertulis yang disampaikan kepada Parlimen, Encik Glen berkata, Perbendaharaan UK turut menyediakan pembiayaan tambahan pada saat-saat diperlukan selain menjelaskan 'sepenuhnya' perbelanjaan yang dikeluarkan terlebih dulu oleh Scotland, Wales dan Ireland Utara.



Pendedahan kos turut mencetuskan persoalan sama Britain mampu menanggungnya dalam keadaan ekonomi sekarang yang menyaksikan inflasi tertinggi.



Justeru, tidak kurang yang mempertikaikan perbelanjaan sebegitu besar bagi pamakaman mendiang Ratu Elizabeth, yang disusuli pula dengan pertabalan Raja Charles III awal bulan ini, ketika sebahagian besar penduduk Britain bergelut untuk meneruskan kehidupan.



Selepas kemangkatan Ratu Elizabeth, 96 tahun, di Istana Balmoral, Scotland pada 8 September 2022, kerajaan UK mengumumkan tempoh berkabung kebangsaan selama 10 hari.



Jasad mendiang Ratu Elizabeth bersemayam di St Giles Cathedral Edinburgh selama 24 jam, sebelum dibawa ke Westminster Abbey di London di mana beribu-ribu orang beratur berjam-jam untuk memberi penghormatan.



Skala pemakaman negara dan tempoh berkabung disifatkan polis sebagai 'mungkin operasi terbesar yang pernah dilakukan di UK' pada masa itu.



Para pemimpin dari seluruh dunia dan kerabat diraja asing menyertai keluarga diraja England itu bagi pemakaman negara di Westminster Abbey.



Acara pemakaman diraja itu turut ditonton oleh jutaan orang di seluruh dunia.



Ia adalah pemakaman negara pertama sejak pengebumian bekas Perdana Menteri, Sir Winston Churchill pada 1965, yang menjadi acara penghormatan terbesar sejak Perang Dunia Kedua. - AGENSI




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >