Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Belanjawan M'sia beri tumpuan kepada keselamatan makanan dan persekitaran

Jan 28, 2023 | 02:47 PM



KUALA LUMPUR: Keselamatan makanan dan persekitaran Malaysia akan menjadi tumpuan Belanjawan yang bakal dibentangkan negara itu bulan depan, kata Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.



Datuk Seri Anwar yang juga Menteri Kewangan, memberi jaminan bahawa beliau dan para pegawai lain dari Kementerian Kewangan akan memberikan pertimbangan mendalam kepada kebimbangan dan maklum balas yang ditimbulkan beberapa pihak berkepentingan.



“Persekitaran, termasuk keselamatan makanan, sedang import makanan agak terlalu tinggi, maka semua perkara ini akan kami tumpukan semasa Belanjawan.



“Dan saya bersama pasukan MOF (Kementeri Kewangan) telah mengkaji memorandum dari ACCCIM,” katanya yang merujuk kepada Persatuan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia yang menganjurkan rumah terbuka Tahun Baru Cina yang dihadirinya hari ini.



Datuk Seri Anwar berkata hal ehwal dunia masa kini seperti kesan daripada pandemik Covid-19, kemelesetan ekonomi di Eropah dan perang Ukraine–Russia, bermakna dasar lebih berani diperlukan.



Hal ini dipersetujui presiden ACCCIM, Tan Sri Low Kian Chuan, dalam ucapannya tentang apa yang diperlukan Malaysia untuk maju jauh dan lebih pantas.



“Sebab itu saya tekankan akan peranan bagi syarikat-syarikat besar, kecil dan sederhana, bahawa kami perlu tumpukan, sediakan ruang agar mereka boleh luaskan teknologi, pendigitalan dalam usaha bersaing dan menawawarkan banyak pekerjaan,” kata Tan Sri Low.



Sementara itu, Datuk Seri Anwar berkata bahawa ancaman sebenar kepada penakatan masyarakat etnik Melayu dan Malaysia secara keseluruhannya adalah rasuah serta para pemimpin yang mencuri kekayaan negara.



Datuk Seri Anwar telah menentang pandangan ahli-ahli politik yang menekankan tentang bangsa dan agama, sambil berkata bahawa ini tidak baik kepada kawal selia.



“Mereka yang menekankan tentang isu-isu bangsa dan agama, bagi saya langsung tidak relevan.



“Ia satu cara dan usaha oleh pemimpin politik yang menyamar dan merampas isu-isu utama tentang kawal selia di negara ini.



“Mereka akan menggunakan bangsa, terutamanya Melayu dan kedudukan mereka, dengan pangkalan kuasa mereka tercabar.



“Kini jawapan saya kepada soalan itu, ia tidak dicabar oleh peniaga Melayu, Cina atau India atau Sabah dan Sarawak.



“Penakatan Melayu diancam dengan satu sistem rasuah, pemimpin yang tamak yang telah mencuri dana awam daripada negara ini.



“Jadi kami akan terus bekerjasama untuk memastikan kami selamatkan negara ini daripada rasuah,” katanya lagi. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >