Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Belarus lencong pesawat Ryanair, tahan penulis blog pembangkang

May 24, 2021 | 03:53 PM



MINSK (Belarus, Eropah): Pesawat Ryanair yang dalam perjalanan dari Greece ke Lithuania di Eropah dan membawa seorang aktivis pembangkang telah diarah mendarat di ibu negara Belarus, Minsk, malam Ahad (23 Mei).



Media Belarus melaporkan sebuah jet pejuang MiG-29 telah mengiringi pesawat tersebut dengan alasan ia disyaki mengandungi bom, tetapi ia tidak dijumpai.



Tindakan melencongkan penerbangan Ryanair yang dinaiki aktivis pembangkang dikehendaki, Encik Roman Protasevich, 26 tahun, dan mendarat di Minsk, ibu kota Belarus pada Ahad, telah mencetuskan kemarahan pemimpin Kesatuan Eropah (EU).



Belarus, sebagai sebuah negara, dituduh melakukan pengganasan (state terrorism).

Stesen televisyen Belarus melaporkan penulis blog yang dikenakan tindakan buang negeri dan tinggal di Poland itu ditahan selepas penerbangan FR4978 dilencongkan dari laluan Athens ke Vilnius, atas dakwaan dibimbangi memberi ancaman keselamatan.



Beberapa jam selepas pesawat itu mendarat di Vilnius, beberapa penumpang berkata, penulis blog itu dilihat agak cemas berikutan destinasi penerbangan secara tiba-tiba ditukarkan ke Belarus.



“Dia berpaling kepada kami dan berkata akan berdepan hukuman mati,” kata warga Lithuania, Cik Monika Simkiene, 40 tahun, kepada agensi berita AFP.



Bagi Encik Edvinas Dimsa, 37 tahun, lelaki itu tidak menjerit tetapi kelihatan sangat takut.



“Seolah-olah kalau tingkap itu boleh dibuka sudah tentu dia akan melompat keluar,” katanya.

Pesawat Ryanair dari Athens itu berlepas dari Minsk pada 8.50 malam, waktu setempat (1.50 pagi, waktu Singapura).



Ia hanya tiba di ibu kota Lithuania, Vilnius – tujuan asalnya – pada 9.25 malam waktu setempat, (2.25 pagi waktu Singapura), tujuh jam lewat dari sepatutnya.



Dalam pada itu, EU bersedia untuk membincangkan bagi memperketat lagi sekatan sedia ada terhadap Belarus dalam sidang kemuncak hari ini, susulan tindakan keras rejim Presiden, Encik Alexander Lukashenko terhadap aktivis pembangkang berkenaan.



EU juga bersedia membincangkan sekatan lebih ketat terhadap Belarus selepas tindakan keras rejim Presiden Alexander terhadap penunjuk perasaan pembangkang.



“Tindakan rejim Belarus yang keterlaluan dan menyalahi undang-undang ini akan mengundang implikasi yang buruk.



“Tindakan sekatan akan dikenakan terhadap mereka yang bertanggungjawab merampas pesawat Ryanair.



“Roman Protasevich perlu dibebaskan segera,” kata Ketua EU, Cik Ursula von der Leyen di Twitter.



Sementara itu, lapangan terbang Minsk dalam satu kenyataan, berkata pesawat itu terpaksa melakukan pendaratan cemas berikutan ancaman bom.



“Pesawat itu diperiksa, tiada bom yang dijumpai dan semua penumpang melalui pemantauan keselamatan lain,” lapor saluran kumpulan pembangkang melalui aplikasi Telegram, Nexta.



Pihak berkuasa Belarus meningkatkan tindakan keras terhadap pembangkang berikutan tunjuk perasaan bersejarah yang melanda bekas negara Soviet itu selepas pemilihan presiden tahun lalu yang dipertikai. 



Perdana Menteri Poland, Encik Mateusz Morawiecki, mengecam langkah Belarus sebagai ‘tindakan keganasan negara’.



Menteri Luar Perancis, Encik Jeans Yves Le Drian, pula menggesa EU mengeluarkan maklum balas tegas terhadap isu itu.



Lithuania dan Latvia meminta penerbangan antarabangsa tidak menggunakan ruang udara Belarus. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >