Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Belasungkawa buat yang berduka di Christchurch dan Sri Lanka

Ustaz Ali keluarkan kenyataan RRG, Masjid Khadijah, hulurkan rasa simpati dan takziah kepada mangsa keganasan
Apr 28, 2019 | 05:30 AM



Pengerusi Bersama Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) Ustaz Ali Mohamed semalam mengeluarkan kenyataan melahirkan rasa dukacita atas serangan pengganas yang berlaku di tempat ibadah di Christchurch dan Sri Lanka. Berikut kami siarkan kenyataannya.



AKSI keganasan dan pembunuhan nekad di Christchurch dan terkini di Sri Lanka amat mengejutkan dan tidak dapat sama sekali diterima. Perbuatan keji ini satu kekejaman kepada seluruh kemanusiaan.



Mewakili Kumpulihan Pemulihan Agama (RRG) dan Masjid Khadijah, kami menghulurkan rasa simpati dan takziah kepada semua mangsa dan ahli keluarga mereka di Christchurch dan Sri Lanka.



Kehilangan, kepedihan dan kepiluan yang dirasai setiap anggota keluarga mangsa amat mendukacitakan.



Nilai nyawa yang terkorban serta-merta meninggalkan kesan perit yang berlarutan dalam kehidupan setiap insan yang terjejas dengan aksi kejam tersebut.



Lebih dari 15 tahun, RRG beserta Masjid Khadijah telah menghulurkan bakti membantu merehabilitasimereka yang terjebak ke dalam fahaman ganas dan ekstrem.



Selama masa ini, kami sedari betapa berat dan bahaya kesalahfahaman agama berteraskan keganasan mampu merosakkan kemuliaan nilai-nilai murni yang diwahyukan.



Pemikiran ganas sedemikian merosakkan kemurnian agama, kestabilan keluarga dan masyarakat, serta menjadi petualang kepada kebencian dan permusuhan sesama manusia. Natijah pemikiran ganas sedemikian adalah membenihkan kebencian dan porak-peranda. Tiada nilai mulia yang terbit dari kebencian dan keganasan.



Pelaku aksi ganas merupakan penjenayah terhadap kemurnian ajaran agama, yang menitikberatkannilai-nilai salam dan damai.



Dengan menopengkan diri di bawah bendera kesesatan, mereka menjadi penyebab titisan airmata, kematian dan kehancuran institusi keluarga, keharmonian masyarakat, serta keamanan dunia. Betapa kejamnya arah pencetus kemusnahan.



Terkini, aksi pengganas mengebom tempat-tempat suci agama seperti masjid di Christchurch dan gereja di Sri Lanka amat mengecewakan. Setiap tempat-tempat suci perlu disentosakan, bukan dihuru-harakan.



Tempat-tempat suci merupakan bukti legasi para Anbiya dari masa Nabi Ibrahim, Nabi Sulaiman, Nabi



Zakaria, Nabi Isa, apatah lagi Nabi kita, Nabi Muhammad saw. Legasi para Anbiya ini telah meninggalkan warisan agung bagi manusia.



Tempat-tempat suci ini menjadi bukti kemuliaan iman di sisi kemanusiaan. Iman dan kemanusiaan itu berjalan bergandingan tangan. Antara tujuan utama perundangan Islam (Maqasid Syariah) ialah kepentingan memelihara nyawa (hifdz al-nafs).



Setiap Muslim bertanggungjawab memelihara nyawa, dan setiap tanggungjawab ini akan dipersoalkan.



Bagi tempat-tempat suci pula, antara sunnah Nabi Muhammad saw adalah memelihara kemurniaan tempat-tempat suci termasuk gereja dan biara.



Sehinggakan jika terjadi peperangan, Nabi saw mensyaratkan bagi setiap para sahabat untuk menjaga diri daripada merosakkan tempat-tempat suci sedemikian.



Tradisi ini berlanjutan di masa kekhalifahan termasuklah sejarah mulia Saidina Umar yang menziarahi dan menghormati Gereja Makam Kudus (Church of Holy Sepulchre) pada masa penaklukan Baitulmakdis.



Legasi Umar ini menjadi antara warisan kesinambungan harmoni sesama umat Islam dan Kristian hingga hari ini.



Sebagai rakyat Singapura, marilah kita saling harga-menghargai, hormat-menghormati, membina ikatan yang kukuh sesama masyarakat berbilang bangsa dan agama, mengekalkan solidariti dan kesatuan di masa susah dan senang, serta terus membaja keharmonian hidup kita bersama.



Moga kita semua baik pemimpin mahupun rakyat sama-sama berusaha meneruskan warisan keharmonian ini dan menabur benih keamanan, supaya anak-anak kita nanti mewarisi dunia yang kenal erti salam dan damai.



  • Ustaz Ali Mohamed Pengerusi Bersama, RRG dan Pengerusi, Masjid Khadijah




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >