Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Belgium bebaskan suspek tunggal serangan Brussels kerana kurang bukti

Mar 29, 2016 | 11:27 AM



BRUSSELS: Satu-satunya suspek yang telah didakwa bagi serangan di Brussels minggu lalu dibebaskan pada Isnin (28 Mac) disebabkan kekurangan bukti yang mengaitkannya dengan letupan di lapangan terbang dan stesen kereta api itu, kata pendakwa raya Belgium.



"Tanda-tanda yang membawa kepada penangkapan Faycal C. tidak disahkan oleh siasatan yang sedang berjalan. Akibatnya, orang itu telah dibebaskan oleh majistret pemeriksaan," kata pejabat pendakwa federal dalam satu kenyataan, tanpa memberi maklumat lanjut.



Lelaki itu didakwa Sabtu lalu dengan pertuduhan "pembunuhan pengganas".



Media Belgium mengenal pastinya sebagai Faycal Cheffou, yang mengaku menjadi seorang wartawan bebas. Media sebelum ini berkata beliaulah "lelaki memakai topi" yang dilihat bersama dua pengebom bunuh diri di lapangan terbang Brussels.



Polis pada Isnin mengeluarkan rayuan baru untuk mendapatkan maklumat mengenai lelaki tersebut, yang dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) di lapangan terbang memakai jaket putih dan topi menolak troli dengan beg hitam besar.



Satu sumber rapat dengan penyiasatan itu, yang tidak mahu namanya disiarkan, berkata Faycal C dipercayai adalah Cheffou.



Bagaimanapun, sumber juga berkata tidak terdapat sebarang pengenalan rasmi, sekali gus membayangkan polis mungkin sukar mengaitkannya dengan orang dalam CCTV itu.



Polis berkata lelaki tersebut kelihatan seolah-olah meninggalkan bom, yang tidak meletup, dan melarikan diri.



Secara berasingan, Belgium mendakwa tiga suspek pengganas pada Isnin, sedang polis di seluruh Eropah meningkatkan usaha membongkar rangkaian militan yang dikaitkan dengan serangan Brussels.



Pendakwa raya berkata tiga lelaki itu. yang ditahan hujung minggu dalam satu siri serbuan, didakwa menyertai kegiatan kumpulan pengganas. Namun, jurucakap pejabat pendakwa berkata "tidak ada hubungan langsung (antara mereka) dengan serangan Brussels yang telah dipastikan". - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >