Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Belon intip China berlegar di ruang udara Amerika

Feb 4, 2023 | 5:30 AM
BELON PERISIK: Belon intip milik China yang disyaki melakukan pengawasan di tapak senjata nuklear yang sangat sensitif, kelihatan berlegar-legar di ruang udara berdekatan Montana, Amerika Syarikat. - Foto AFP
BELON PERISIK: Belon intip milik China yang disyaki melakukan pengawasan di tapak senjata nuklear yang sangat sensitif, kelihatan berlegar-legar di ruang udara berdekatan Montana, Amerika Syarikat. - Foto AFP -

WASHINGTON: Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat, Pentagon, memaklumkan kelmarin bahawa sebuah belon pengintip China telah dikesan di ruang udara negara itu, yang disyaki melakukan pengawasan di tapak senjata nuklear yang sangat sensitif.

Atas arahan Presiden Joe Biden, Setiausaha Pertahanan, Encik Lloyd Austin, dan pegawai-pegawai kanan tentera telah menimbangkan untuk menembak belon itu.

Bagaimanapun, mereka berpendapat tindakan itu boleh membahayakan ramai orang, kata seorang pegawai kanan pertahanan kepada para wartawan.

Para pegawai itu juga berkata, belon tersebut berlegar di ruang udara barat laut Amerika Syarikat, di mana terdapat pangkalan udara sensitif dan peluru berpandu strategik di bawah tanah.

"Jelas, tujuan belon itu adalah untuk pengawasan, dan melalui beberapa tapak sensitif," kata pegawai itu, yang tidak mahu memberikan pengenalannya.

Tetapi Pentagon yakin insiden itu bukan satu ancaman risik yang membahayakan.

"Kami menilai belon ini mempunyai nilai aditif terhad dari perspektif pengumpulan maklumat risik," kata pegawai itu.

Belon itu memasuki ruang udara Amerika "beberapa hari lalu," kata pegawai itu sambil menambah bahawa perisik Amerika telah mengesannya lebih awal.

Selepas Encik Biden bertanyakan apa pilihan yang ada bagi menangani perkara itu, Encik Austin pada Rabu lalu yang berada di Filipina, telah berbincang dengan beberapa pegawai kanan Pentagon.

Jet pejuang telah dikerahkan untuk memeriksa belon tersebut ketika ia berada di ruang udara Montana.

Tetapi Pentagon memutuskan untuk tidak mengambil sebarang tindakan demi keselamatan dan keamanan orang ramai yang berada di darat, jelas pegawai itu.

Belon itu berada cukup tinggi dan tidak mengancam keselamatan penerbangan awam, ujar pegawai itu.

China pernah mengirim belon pengintip ke Amerika.

Bagaimanapun, kali ini belon tersebut berlegar di ruang udaranya lebih lama, kata pegawai itu.

"Kami mengambil langkah yang perlu untuk mencegah perisik asing mengumpulkan maklumat sensitif," ujar pegawai itu. - AFP.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg