Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Belum ada tangkapan dalam kes bunuh ala gengster di KL

Jul 28, 2016 | 02:33 PM



KUALA LUMPUR: Belum ada tangkapan dibuat setakat ini dalam kes pembunuhan seorang pemberi pinjaman wang, V. Kandasamy, 43 tahun, yang ditembak dekat sebuah simpang jalan sibuk berhampiran pusat beli-belah Setapak Central.



Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis akan memburu lelaki bersenjata bertanggungjawab.



"Mereka tidak boleh lari. Kami akan menggunakan semua sumber kami untuk memastikan mereka dimasukkan ke penjara," katanya pada sidang media selepas melancarkan Masyarakat KPD Mart di Kolej Unikop pada Khamis (28 Julai).



Encik Kandasamy ditembak 16 kali dalam satu kejadian ngeri ala gengster sekitar 3.35 petang Rabu.



Beliau sedang berhenti pada simpang lampu trafik dekat pusat beli-belah itu apabila empat lelaki yang menunggang dua motosikal menghampiri keretanya.



Seorang daripada mereka pergi ke sebelah kiri kereta beliau manaka seorang lagi ke sebelah kanan.



Mereka kemudian melepaskan tembakan.



Tan Sri Khalid berkata ia bukan kes di mana menggunakan pembunuh upahan telah menjadi trend.



"Bagaimanapun, saya tidak menafikan yang kita ada kes-kes ini," katanya, sambil menambah "itu semua bukan kes tembakan sembarangan".



"Semua kes itu ada sebab di sebalik tembakan tersebut. Termasuk dalam kes tembakan terbaru (berhampiran Setapak Central), kami percaya ada sebabnya," kata beliau, sambil menambah polis akan mengambil lebih banyak langkah untuk "mengurangkan" insiden serupa. - The Star/Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >