Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bencana akibat perubahan iklim bawa kerugian besar tahun lalu

Jan 11, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Daripada Taufan Ida di Amerika Syarikat kepada banjir besar di China dan Eropah, bencana yang didorong perubahan iklim telah menyebabkan kerugian besar pada 2021, dengan kedua-dua golongan miskin dan kaya terjejas teruk, kata penyelidik.



Sebanyak 10 daripada kejadian cuaca paling merosakkan tahun lalu telah menyebabkan kos keseluruhan kerosakan berjumlah AS$170 bilion ($231 bilion), kata satu laporan pertubuhan amal Christian Aid baru-baru ini.



Kejadian banjir, ribut dan kemarau turut mengorbankan ratusan orang dan menyebabkan berjuta orang kehilangan tempat tinggal di beberapa kawasan termiskin, menonjolkan ketidakadilan yang semakin meningkat akibat kesan apabila planet ini semakin panas, kata penulis laporan itu.



"Kos perubahan iklim sangat besar tahun lalu," kata Cik Kat Kramer, ketua dasar iklim di Christian Aid dan pengarang laporan Counting The Cost 2021: A Year Of Climate Breakdown.



"Walaupun adalah baik untuk melihat beberapa kemajuan dicapai pada sidang kemuncak PBB COP26, adalah jelas (kita) tidak berada di landasan untuk memastikan dunia yang selamat dan makmur," tambahnya, merujuk kepada persidangan iklim sejagat yang diadakan di Glasgow pada November tahun lalu.



Laporan itu mengenal pasti 15 daripada bencana iklim yang paling merosakkan tahun ini, termasuk 10 yang masing-masing menyebabkan kerugian AS$1.5 bilion atau lebih, dengan kerosakan disebabkan oleh cuaca luar daripada biasa dirasakan di merata tempat dari Australia ke India, Sudan Selatan dan Canada.



Laporan itu tidak menyenaraikan banjir baru-baru ini di Malaysia atau akibat Taufan Rai di Filipina.



Tetapi ia menyatakan perubahan iklim meningkatkan kekerapan kejadian hujan lebat.



"Apabila planet menjadi panas dan suhu permukaan laut meningkat, pakar menjangkakan taufan, di Filipina dan tempat lain, akan menjadi lebih kuat."



Seruan yang semakin meningkat daripada negara berisiko agar mewujudkan dana baru bagi membantu menampung kerosakan berkaitan iklim dalam dunia yang lebih panas mesti menjadi "keutamaan global" pada 2022, kata penasihat keadilan iklim Christian Aid, Cik Nushrat Chowdhury, di Bangladesh.



Encik Mohamed Adow, pengarah Power Shift Africa, satu badan pemikir yang berpangkalan di Nairobi, Kenya, berkata bahawa Afrika telah menanggung beban akibat beberapa kesan paling dahsyat - jika bukan yang paling mahal - tahun ini, daripada banjir hingga kemarau.



"(2022) perlu menjadi tahun kita menyediakan sokongan kewangan sebenar buat mereka yang berada di barisan hadapan krisis," tambahnya.



Taufan Ida, yang melanda Amerika pada Ogos lalu, mendahului senarai kerosakan pada AS$65 bilion. Taufan kelima paling kuat melanda negara itu mengorbankan 95 orang dan menyebabkan banyak rumah penduduk musnah.



Sebelum itu, satu ribut salji yang melanda Texas pada Februari tahun lalu menyebabkan bekalan elektrik terputus secara besar-besaran dan kerugian sebanyak AS$23 bilion.



Banjir teruk yang melanda barat dan tengah Eropah pada musim panas 2021 menyebabkan kerugian besar AS$43 bilion dan angka kematian lebih 240.



Empat daripada 10 bencana termahal berlaku di Asia, dengan kos banjir dan taufan di rantau itu menyebabkan kerosakan AS$24 bilion.



Beberapa bencana melanda dengan pantas dan kuat. Taufan Yaas, yang melanda India dan Bangladesh pada Mei lalu, menyebabkan kerosakan berjumlah AS$3 bilion dalam beberapa hari sahaja, dan memaksa lebih 1.2 juta orang meninggalkan kediaman mereka di kawasan rendah.



Di China, hujan lebat di wilayah tengah Henan menyebabkan banjir besar pada Julai lalu, dengan kerosakan sebanyak AS$17.6 bilion dan 302 orang dilaporkan maut. - Reuters.




"Kos perubahan iklim sangat besar tahun lalu.

Walaupun adalah baik untuk melihat beberapa kemajuan dicapai pada sidang kemuncak PBB COP26, adalah jelas (kita) tidak berada di landasan untuk memastikan dunia yang selamat dan makmur."

- Cik Kat Kramer, ketua dasar iklim di Christian Aid.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >