ANGIN KENCANG: Ribut taufan Lekima yang membawa angin sekencang 187km/ jam telah membadai wilayah Zhejiang di Cina. Setakat ini, seramai 44 orang terkorban. -Foto AFP. -
RIBUT TAUFAN LEKIMA: Ribut taufan Lekima yang membadai wilayah Zhejiang di Cina membawa bersamanya angin sekencang 187 km/jam yang mengakibatkan kerosakan pada harta benda dan kerugian ekonomi berbilion dolar serta mengganggu perjalanan secara meluas. -Foto AFP. -
TANAH RUNTUH: Sebuah rumah musnah akibat kejadian tanah runtuh di kampung Mutkyi di perbandaran Paung, negeri Mon di Myanmar. Kejadian tanah runtuh di negeri Mon pada 9 Ogos lalu mengakibatkan banjir teruk di kawasan berhampiran, adakalanya mencapai bumbung rumah dan pokok. - Foto Ye Aung Thu/AFP. -
LETUSAN GUNUNG BERAPI: Gunung berapi di pulau Stromboli di Itali meledak dengan kuat pada 3 Julai lalu, menyebabkan destinasi pelancongan popular itu diselubungi abu. Seorang pelancong terbunuh manakala seorang lagi cedera. Gambar ini dipetik setelah gunung berapi itu meledak. - Foto CNES. -
DIJILAT API: Api liar yang bermula di Gunung Hymettus di Greece merebak dengan cepat ke kawasan persekitaran termasuk ke kawasan perumahan. Lebih 300 ahli bomba dan 100 kereta bomba, 12 kapal terbang dan enam helikopter telah dikerahkan untuk mengawal api yang sedang marak. Gambar ini menunjukkan seorang ahli bomba sedang berjalan di laman sebuah rumah yang telah dijilat api di Gunung Hymettus. - Foto REUTERS. -

RIBUT taufan Lekima telah membadai wilayah Zhejiang di kawasan timur Cina sejak ia tiba lebih awal dari yang dijangkakan hujung minggu lalu (10 Ogos), dengan angin sekencang 187 km/jam. Angka terkorban mencapai 44 orang pada pagi semalam (12 Ogos), menurut data rasmi.
Ribut taufan Lekima terus bertiup ke kawasan berdekatan sekaligus mengakibatkan kerosakan pada harta benda dan kerugian ekonomi berbilion dolar serta mengganggu perjalanan secara meluas.
Di samping itu, terdapat juga bencana alam yang melanda kawasan lain di dunia, termasuk banjir dan kejadian tanah runtuh di Myanmar, kejadian api liar di Greece dan letusan gunung berapi di Italy.
Kami siarkan sorotan foto-foto kejadian bencana alam di serata dunia.