Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bencana kemanusiaan dekat sempadan...

Bandar pelabuhan Mariupol dikepung tentera Russia; Di bandar Vysne Nemecke, warga Ukraine yang cuba larikan diri 'terjerat'
Mar 07, 2022 | 05:30 AM



GENEVA: Keadaan kemanusiaan di pelabuhan Mariupol di selatan Ukraine "menimbulkan bencana" dan adalah penting bagi orang awam dipindahkan, kata seorang pegawai kanan daripada Doctors Without Borders (MSF).



Bandar itu, yang terletak berhampiran sempadan Rusia, telah dikepung tentera Rusia dan gencatan senjata kelmarin untuk membenarkan orang awam keluar dari kawasan itu gagal menjadi kenyataan.



Penyelaras kecemasan MSF di Ukraine, Cik Laurent Ligozat, berkata:



"Hari ini, tiada lagi air; orang ramai mempunyai masalah besar untuk mengakses air minuman dan ini menjadi isu penting.



"Elektrik tiada lagi, pemanas pun tiada. Makanan habis, kedai kosong. Selama beberapa hari secara ringkas, tiada apa-apa yang masuk atau keluar dari bandar."



Kementerian Pertahanan Rusia sebelum ini mengisytiharkan gencatan senjata untuk membuka koridor kemanusiaan bagi membolehkan 450,000 penduduk di bandar itu mula bertolak menaiki bas dan kereta.



Namun, pegawai Ukraine kemudian menangguhkan pemindahan itu, dengan mengatakan pihak Russia terus menyerang bandar dan sekitarnya.



Russia kemudian mengumumkan "tindakan ofensif" telah diteruskan, dengan setiap pihak menyalahkan satu sama lain atas kegagalan gencatan senjata itu.



Kelmarin, kementerian pertahanan Rusia berkata: "Disebabkan keengganan Ukraine mempengaruhi nasionalis atau melanjutkan gencatan senjata, tindakan serangan telah disambung semula pada 6 petang waktu Moscow (3 petang waktu Singapura)," kata jurucakap kementerian pertahanan dalam satu taklimat video.



Mariupol, sebuah bandar strategik Ukraine, berkata ia menangguhkan rancangan pemindahan penduduk kelmarin.



Ini sedang Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, memberi amaran kepada Barat mengenai perang yang lebih luas jika zon larangan terbang ditubuhkan.



"Sebarang pergerakan ke arah ini akan dianggap oleh kami sebagai penyertaan dalam konflik bersenjata oleh negara itu," kata Encik Putin.



Dengan rakan sejawatannya dari Ukraine, Encik Volodymyr Zelensky, mengkritik Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) kerana menolak zon larangan terbang sebab takut mencetuskan konflik nuklear, Encik Putin bercakap tentang "akibat besar dan malapetaka bukan sahaja ke atas Eropah, malah seluruh dunia" jika zon sedemikian ditubuhkan.



Bagi Encik Zelensky, pada hari ke-10 pencerobohan di tengah-tengah pengeboman yang semakin meningkat dan memusnahkan lebih banyak prasarana serta menyebabkan hampir 1.4 juta orang awam melarikan diri, keengganan Barat terhadap zon larangan terbang pada dasarnya telah memberikan " lampu hijau untuk pengeboman selanjutnya di bandar dan kampung Ukraine".



Mariupol yang dikepung, dengan bangganya menentang pemberontak yang disokong Moscow semasa konflik 2014, tetapi pelabuhan Azoz tidak mempunyai bekalan elektrik, makanan dan air selama beberapa hari selepas musim sejuk dan orang ramai mula berkumpul untuk pemindahan.



Sejak askar pimpinan Encik Putin menyerang pada 24 Februari, Russia telah membedil bandar-bandar Ukraine dengan ratusan orang awam dilaporkan terkorban.



Loji kuasa atom terbesar Eropah turut menjadi sasaran serangan, menimbulkan kebimbangan akan berlakunya kemalangan nuklier yang dahsyat. AFP, Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >