Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bendera separuh tiang di Thailand tanda berkabung

Oct 07, 2022 | 06:00 PM



NA KLANG (Thailand) : Bangunan kerajaan Thailand mengibarkan bendera separuh tiang pada Jumaat (7 Okt), sebagai tanda berkabung atas kematian 38 orang termasuk 22 kanak-kanak, dalam kejadian serangan yang mengejutkan di sebuah tajaka pada Khamis (6 Okt).


Dalam kejadian itu, seorang bekas anggota polis merempuh masuk ke tajaka berkenaan dengan membawa senjata api dan pisau lalu mengamuk.


Raja Maha Vajiralongkorn dan Perdana Menteri, Encik Prayut Chan-o-cha, berangkat ke wilayah itu Jumaat  untuk menemui mangsa yang terselamat, kata seorang jurucakap kerajaan.


Kebanyakan kanak-kanak yang terbunuh di tajaka di Uthai Sawan, sebuah bandar terletak 500 kilometer ke timur-laut Bangkok itu, telah ditikam, kata polis.


Kejadian tersebut disifatkan sebagai pembunuhan kanak-kanak paling kejam sejauh ini, oleh seorang pelaku.


Polis mengenal pasti penyerang itu seorang bekas anggota polis yang dipecat berkaitan dakwaan kes dadah dan menunggu dibicarakan.


Selepas melakukan serangan itu, lelaki berkenaan pulang ke rumah dan menembak mati isteri dan anaknya dan kemudian menembak dirinya.


Kanak-kanak di tajaka yang terbunuh itu berusia sekitar dua hingga lima tahun, kata seorang pegawai tempatan. – Reuters.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >