Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Benjamin Netanyahu isytihar menang pilihanraya Israel 

Mar 3, 2020 | 8:46 AM
Orang ramai menyaksikan siaran televisyen Channel 13 yang menyiarkan ramalan selepas pengundian ditutup dalam pilihanraya Israel pada 2 Mac.
Orang ramai menyaksikan siaran televisyen Channel 13 yang menyiarkan ramalan selepas pengundian ditutup dalam pilihanraya Israel pada 2 Mac. - AFP

BAIKTULMAKDIS - Perdana Menteri Benjamin Netanyahu telah mengisytiharkan kemenangan dalam pilihanraya ketiga di Israel dalam masa kurang setahun.

Ini selepas tinjauan televisyen menunjukkan beliau hanya kurang satu kerusi untuk menjamin majoriti di Parlimen.

Kemenangan untuk Encik Netanyahu, 70 tahun, setelah pengundian tidak konklusif pada April dan September, menjadi bukti daya ketahanan politik pemimpin Israel paling lama berkhidmat itu, yang bertanding kali ini sedang berdepan dengan tuduhan rasuah.

Tiga saluran televisyen utama Israel meramalkan dalam tinjauan mereka bahawa parti pimpinan Netanyahu, Likud dan parti yang berpegangan serupa, akan menjamin 60 daripada 120 kerusi parlimen, kurang hanya satu undian majoriti. - REUTERS

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg