Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

AS bentang hujah terperinci tolak tuntutan China ke atas Laut China Selatan

Jan 14, 2022 | 05:30 AM



WASHINGTON: Amerika Syarikat membentangkan kes paling terperinci berkaitan tuntutan 'tidak sahih' China ke atas Laut China Selatan, menolak kedua-dua sebab berdasarkan geografi dan sejarah bagi tuntutan luas Beijing di perairan penting dunia itu.



Dalam kertas penyelidikan setebal 47 muka surat, Biro Lautan Jabatan Negara dan Hal Ehwal Alam Sekitar dan Saintifik Antarabangsa negara itu menyatakan China tidak mempunyai asas di bawah undang-undang antarabangsa bagi tuntutan tersebut yang telah menyebabkan Beijing bertembung dengan Filipina, Vietnam dan sebilangan negara Asia Tenggara lain.



"Kesan keseluruhan tuntutan maritim ini ialah China secara tidak sah menuntut kedaulatan atau beberapa bentuk bidang eksklusif ke atas sebahagian besar Laut China Selatan," kata laporan tersebut.



"Tuntutan ini amat menjejas kedaulatan undang-undang di lautan dan banyak peruntukan undang-undang antarabangsa yang diiktiraf secara universal yang termaktub dalam Konvensyen," katanya, merujuk kepada perjanjian 1982 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai undang-undang laut yang ditandatangani China, tetapi tidak Amerika.



Menyiarkan kajian itu, satu kenyataan Jabatan Negara menggesa lagi Beijing "agar menghentikan kegiatan yang menyalahi undang-undang dan tindakan paksaan di Laut China Selatan".



Laporan itu adalah kemas kini bagi kajian 2014 yang juga mempertikaikan apa yang dipanggil "garisan sembilan sempang" yang menjadi asas kepada kebanyakan tuntutan Beijing di Laut China Selatan.



Pada 2016, mahkamah antarabangsa memihak kepada Filipina dalam aduannya berhubung tuntutan China.



Beijing membalas dengan menawarkan sebab baru, termasuk mengatakan bahawa China mempunyai "hak bersejarah" ke atas kawasan tersebut.



Laporan Jabatan Negara itu menyatakan tuntutan berasaskan sejarah seperti itu "tiada asas undang-undang" dan China tidak menawarkan bukti baru secara spesifik.



Ia juga mengambil isu dengan pewajaran geografi berkaitan dakwaan China, dengan mengatakan bahawa lebih 100 'ciri' yang ditonjolkan Beijing di Laut China Selatan ditenggelami air semasa air pasang dan oleh itu "melangkaui had yang sah bagi tuntutan kawasan laut bagi mana-mana negara".



Beijing memberi contoh geografi ciri sedemikian untuk menuntut empat "kumpulan pulau", yang menurut kajian Jabatan Negara tidak memenuhi kriteria bagi garis dasar di bawah Konvensyen PBB.



Laporan itu dikeluarkan sedang Amerika semakin mencabar China di pentas global, mengenal pasti kuasa negara komunis itu yang semakin meningkat sebagai ancaman jangka panjang utamanya.



Pada 2020, Setiausaha Negara Amerika ketika itu, Encik Mike Pompeo, secara terang-terangan menyokong tuntutan negara Asia Tenggara di Laut China Selatan, melepasi pendirian Amerika yang lalu untuk mencabar China tanpa mengambil isu tentang negara mana yang betul.



Laut China Selatan dikatakan mempunyai banyak sumber asli dan termasuk deposit minyak dan gas yang berharga serta laluan perkapalan penting.



Negara Asia Tenggara sering menyuarakan kebimbangan mereka bahawa China sedang berusaha meluaskan jangkauannya di kawasan perairan itu dan kawasan sekitarnya. - AFP.




"Kesan keseluruhan tuntutan maritim ini ialah China secara tidak sah menuntut kedaulatan atau beberapa bentuk bidang eksklusif ke atas sebahagian besar Laut China Selatan. Tuntutan ini amat menjejas kedaulatan undang-undang di lautan dan banyak peruntukan undang-undang antarabangsa yang diiktiraf secara universal yang termaktub dalam Konvensyen."
- Kertas penyelidikan Biro Lautan Jabatan Negara dan Hal Ehwal Alam Sekitar dan Saintifik Antarabangsa Amerika Syarikat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >