Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PERANG DI UKRAINE

AS beri amaran kepada China usah campur tangan

Moscow nafi dakwaan minta bantuan China, akui sumber cukup penuhi matlamat; Amerika akui tidak akan diam diri
Mar 16, 2022 | 05:30 AM



`LVIV (Ukraine): Amerika Syarikat telah memberi amaran kepada China, selepas satu rundingan intensif kelmarin, untuk tidak membantu Moscow dalam pencerobohannya ke atas Ukraine.



"Kami telah menyatakan dengan jelas kepada Beijing bahawa kami tidak akan berdiam diri," kata jurucakap Jabatan Negara Amerika, Encik Ned Price, kepada pemberita.



"Kami tidak akan membenarkan mana-mana negara memberi pampasan kepada Russia atas kerugiannya."



Pertemuan selama tujuh jam itu adalah amat intensif dan mencerminkan "keadaan semasa", menurut seorang pegawai Amerika.



Pihak Barat sedang menimbangkan bagaimana menangani sebarang penglibatan dari China - pengeksport utama dunia dan pembekal barangan asing utama kepada rakyat Amerika.



Moscow telah melakukan pencerobohan ke atas negara jiran Ukraine sejak 24 Februari lalu, serangan paling besar ke atas sebuah negara Eropah sejak Perang Dunia Kedua.



Namun ia belum dapat menawan mana-mana daripada 10 bandar terbesar di Ukraine.



Russia menganggap tindakannya sebagai "operasi ketenteraan khas" dan dikatakan telah meminta bantuan ketenteraan dan ekonomi daripada Beijing, menurut pegawai Amerika.



Pegawai itu menyatakan China telah menyatakan kesediaan memberi bantuan kepada Russia, sedang penasihat keselamatan negara itu, Encik Jake Sullivan, bertemu dengan diplomat tertinggi China, Encik Yang Jiechi di Rome, Italy.



Moscow menafikan dakwaan itu, sambil menyatakan ia mempunyai sumber mencukupi untuk memenuhi semua matlamatnya.



Kementerian Luar China melabelkan laporan mengenai bantuan itu sebagai maklumat palsu.



Sementara itu, seorang penunjuk perasaan antiperang telah mengganggu siaran berita televisyen Russia Channel One kendalian pemerintah, yang merupakan sumber utama berita bagi jutaan rakyat Russia.



Seorang wanita mengangkat sepanduk dalam bahasa Inggeris dan Russia: "TIDAK MAHU PERANG. Hentikan peperangan. Jangan percaya propaganda. Mereka di sini berbohong kepada anda".



Penunjuk perasaan itu boleh dilihat dan didengari selama beberapa saat sebelum saluran itu beralih kepada laporan lain supaya beliau tidak lagi kelihatan.



Sementara itu, delegasi Russia dan Ukraine mengadakan rundingan pusingan keempat kelmarin - melalui pautan video dan bukannya secara peribadi di negara jiran Belarus seperti pada masa lalu - namun tiada kemajuan baru diumumkan.



Rundingan itu telah berhenti seketika selama sehari tetapi dijadual disambung semula semalam, kata perunding Ukraine, Encik Mykhailo Podolyak.



Russia katanya, masih beranggapan strategi 19 hari keganasannya terhadap bandar Ukraine adalah strategi yang betul.



Perunding Russia, Encik Vladimir Medinsky, pula berkata Russia berpegang kepada matlamat utamanya:



"Kami menyasarkan untuk melakukan segala yang mungkin untuk mencapai matlamat yang ditetapkan oleh Vladimir Putin, bagi masa depan Russia yang selamat." - Reuters.




"Kami telah menyatakan dengan jelas kepada Beijing bahawa kami tidak akan berdiam diri.

Kami tidak akan membenarkan mana-mana negara memberi pampasan kepada Russia atas kerugiannya."

- Jurucakap Jabatan Negara Amerika, Encik Ned Price.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >