Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

3 maut apabila kren tumbang di tapak kerja lebuh raya M'sia

Pihak berkuasa arah perintah berhenti kerja dan audit keselamatan segera di tapak Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang
Mar 24, 2021 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa Malaysia telah mengeluarkan perintah berhenti kerja dan audit keselamatan segera di tapak Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (Suke).



Ini setelah berlaku kejadian sebuah kren jatuh kelmarin, membunuh tiga pekerja dan mencederakan dua yang lain serta beberapa orang awam.



Tiga pekerja binaan warga China meninggal dunia di tempat kejadian dan seorang pemandu warga tempatan pula parah.



Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata hanya anggota pasukan penyelamat dibenarkan di tapak kejadian.



"Pihak kontraktor dan pasukan keselamatannya juga mesti mengemukakan cadangan bagi langkah keselamatan lebih baik jika mereka ingin meneruskan projek ini.



"Jalan di sini akan ditutup sedang laluan alternatif diusahakan. Sekiranya tidak ada jalan yang ditemui, mereka harus menjelaskan kepada kami bagaimana mereka akan memastikan keselamatan semasa kerja pembinaan dijalankan.



"Kerja penyenggaraan sedang dilakukan apabila kren jatuh. Kini, keutamaan adalah untuk memantapkan tapak kerja ini," tambahnya.



Beliau yang mengunjungi tapak kemalangan kelmarin berkata siasatan akan dilakukan oleh Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) yang akan menyiasat mengapa jalan raya tidak ditutup kepada orang ramai sebelum kerja pembinaan berat seperti itu dilakukan.



LLM adalah penguasa bagi pembinaan semua lebuh raya manakala CIDB adalah penguasa yang memantau semua operasi tapak binaan.



Menteri itu berkata beliau marah dan sedih dengan banyaknya kemalangan di tapak binaan, yang menyebabkan kehilangan nyawa, walaupun terdapat amaran berterusan kepada kontraktor.



"Kami diberi kuasa untuk menyenaraihitamkan atau menggantung (khidmat) kontraktor dari mana-mana tender Kementerian Kerja Raya yang akan datang selama sekurang-kurangnya dua tahun sekiranya didapati tidak mengikuti SOP (prosedur operasi standard).



"Kami akan menyiasat sama ada kontraktor Suke dalam kemalangan terbaru ada mengikuti SOP.



"Saya mahu tindakan tegas diambil sekiranya kontraktor didapati cuai dari segi keselamatan, bukan hanya kepada pekerja bahkan kepada orang awam.



"Sekiranya pembinaan mesti dihentikan untuk menyelesaikan siasatan, kita mesti lakukan," katanya.



Datuk Fadillah menarik perhatian bahawa semua kontraktor diwajibkan memiliki insurans demi keselamatan orang awam dan pekerja mereka sebelum memulakan projek.



Ini untuk membolehkan pemberian pampasan sekiranya kemalangan berlaku di tapak kerja.



Kemalangan maut kelmarin adalah yang kedua tahun ini yang membabitkan projek Suke.



Pada 3 Mac lalu sebahagian jambatan yang sedang dalam pembinaan jatuh setelah dilanggar oleh sebuah treler yang membawa jentera berat, memerangkap lima orang di dalam sebuah van kilang yang bergerak di Lebuh Raya MRR2 dekat Bandar Tasik Selatan.



Dua wanita terbunuh dan tiga orang cedera parah.



Pihak projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Klang mengesahkan selepas kejadian itu bahawa treler yang melanggar perancah milik tapak binaan Suke itu adalah kenderaan persendirian dan tidak terlibat dalam pembinaan lebuh raya itu.



Satu pasukan penyiasat telah diarahkan menjalankan siasatan menyeluruh mengenai kejadian terbaru itu, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia, Encik Awang Hashim. - The Star




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >