Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PERSIDANGAN PERUBAHAN IKLIM COP26

45 negara ikrar tingkat perlindungan alam semula jadi

Nov 07, 2021 | 05:30 AM



GLASGOW: Hingga 45 negara akan mengeluarkan ikrar untuk mempertingkatkan perlindungan alam semula jadi dan membaik pulih pertanian bagi mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau, menurut tuan rumah Britain sewaktu Persidangan Perubahan Iklim COP26



Dengan penduduk dunia yang semakin meningkat, satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan di Glasgow berkata adalah penting untuk membendung pemanasan global yang dicetuskan oleh pertanian, penebangan hutan dan perubahan penggunaan tanah yang menyumbang satu perempat pelepasan suhu panas di bumi ini.



Semalam, perbincangan COP26 akan memberi tumpuan kepada cara mengehadkan kenaikan suhu global kepada 1.5 darjah Celsius melebihi zaman pra-industri, sasaran paling sukar Perjanjian Paris mengenai perubahan iklim yang ditandatangani pada 2015.



Purata suhu permukaan bumi sudah meningkat kira-kira 1.2 darjah Celsius.



"Untuk mengekalkan sasaran 1.5 darjah Celsius, kami memerlukan tindakan daripada setiap bahagian masyarakat, termasuk transformasi segera dalam cara kami mengurus ekosistem dan pertumbuhan, penghasilan dan penggunaan makanan pada skala global," kata Setiausaha Alam Sekitar Britain, Encik George Eustice.



"Kita perlu meletakkan manusia, alam semula jadi dan iklim sebagai teras sistem makanan kita," tambahnya.



Kenyataan itu berkata 45 pemerintah akan "mengikrarkan tindakan dan pelaburan segera untuk melindungi alam semula jadi dan beralih kepada cara pertanian yang lebih mampan".



Antara yang menyokong ekonomi utama yang diketuai oleh Amerika Syarikat, Jepun dan Jerman serta negara membangun seperti India, Indonesia, Maghribi, Vietnam, Filipina, Gabon, Habsyah, Ghana dan Uruguay.



Kenyataan itu tidak memberi jumlah pembiayaan, tetapi berkata langkah itu termasuk "memanfaatkan lebih AS$4 bilion ($5.4 bilion) pelaburan sektor awam baru ke dalam inovasi pertanian, termasuk pembangunan tanaman yang berdaya tahan dari segi iklim dan cara untuk membaik kesihatan tanah".



Antara langkah itu, Britain berkata ia akan menyumbang £500 juta ($911 juta) untuk melindungi lebih 5 juta hektar - bersamaan dengan lebih 3.5 juta padang bola sepak - hutan tropika dan mewujudkan ribuan pekerjaan hijau di seluruh Afrika, Asia dan Amerika Latin.



Pelepasan gas rumah hijau daripada penggunaan tanah terdiri daripada karbon dioksida yang dikeluarkan oleh pembakaran hutan untuk membersihkan tanah untuk pertanian, kepada metana daripada lembu dan ternakan lain semasa haiwan itu mencerna makanan.



Beberapa aktivis alam sekitar berkata Britain telah mengubah cara negara tuan rumah sidang kemuncak iklim atau COP menguruskan perhimpunan global, di mana mereka bekerja di belakang tabir untuk membina kata sepakat.



Sebaliknya, Britain menjadi tajuk utama berita minggu ini dengan mengumumkan pakatan baru, sebagai contoh bagi lebih 40 negara untuk menghapuskan arang batu secara berperingkat, atau satu lagi oleh pelabur utama dengan AS$130 trilion untuk mempertingkatkan ekonomi hijau.



Sesetengah aktivis iklim khuatir bahawa perjanjian berprofil tinggi mungkin sukar dipenuhi.



"Walaupun pengumuman ini mungkin penting, ia tidak mengikat secara sah," kata Encik Mohamed Adow, pengarah Power Shift Africa, satu badan pemikir yang berpangkalan di Kenya.



"Ini tidak boleh menjadi COP yang dijalankan melalui media akhbar."



Beliau berkata ujian komitmen pertanian ialah sejauh mana ia dibangunkan dalam setiap pelan tindakan iklim rasmi 45 negara. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >