Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

BERITA

Amaran tsunami di Selatan Pasifik

New Zealand, New Caledonia, Vanuatu siap sedia selepas berlaku beberapa gempa bumi kuat
Mar 06, 2021 | 05:30 AM



WELLINGTON: Puluhan ribu penduduk di pesisir New Zealand, New Caledonia dan Vanuatu bergegas menyelamatkan diri ke kawasan lebih tinggi pagi semalam selepas beberapa gempa bumi kuat mencetuskan amaran tsunami di Selatan Pasifik.



Bunyi siren amaran kedengaran di negara itu dan juga sejauh Peru dan Australia selepas tiga gempa besar berukuran 7.4, 7.3 dan 8.1 skala Richter, dengan puluhan gempa susulan yang kuat, melanda berhampiran Kepulauan Kermadec di New Zealand.



Pihak berkuasa mengarahkan supaya kawasan terbabit dikosongkan dengan segera.



Kebimbangan semakin mencengkam susulan gelombang ombak besar yang boleh mencecah setinggi tiga meter dilaporkan menuju ke beberapa kawasan termasuk New Caledonia dan Vanuatu, di mana penduduk di ibu kota Port Vila menerima pesanan ringkas SMS yang mengarahkan mereka supaya "pindah ke tempat yang lebih tinggi".



Di Noumea, ibu kota wilayah Perancis New Caledonia, jurucakap perkhidmatan kecemasan, Encik Alexandre Rosignol, melalui siaran radio awam berkata:



"Orang ramai mesti meninggalkan kawasan pantai serta menghentikan semua aktiviti di perairan, dan jangan pergi mengambil anak-anak di sekolah bagi mengelakkan berlaku kesesakan lalu lintas."



Di New Zealand, masyarakat di sepanjang kawasan Pulau Utara digesa segera menyelamatkan diri ketika bunyi siren amaran tsunami bergema di segenap pelosok selepas gempa bumi kuat itu.



"Jangan duduk di dalam rumah. Orang ramai berhampiran pesisir mesti segera menyelamatkan diri ke kawasan tinggi terdekat, luar dari semua zon pemindahan tsunami, atau sejauh mungkin dari pantai," demikian amaran yang dikeluarkan Agensi Pengurusan Kecemasan Nasional (NEMA).



Namun, beberapa jam kemudian, arahan pemindahan itu dibatalkan.



Gempa bumi yang paling kuat melanda kira-kira 1,000 kilometer dari pesisir New Zealand pada 8.28 pagi, menurut agensi Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).



Pusat Amaran Tsunami Pasifik pula memaklumkan, Vanuatu dan New Caledonia berkemungkinan dibadai gelombang ombak terbesar yang mencecah ketinggian hingga tiga meter.



"Berdasarkan semua data yang ada, ombak tsunami berbahaya diramalkan membadai beberapa kawasan pesisir," katanya.



Menurutnya, beberapa ombak awal yang lebih kecil sudah dilaporkan di Tonga, malah ombak kecil juga boleh terjadi di pesisir Jepun, Russia, Mexico dan Amerika Selatan.



Setakat ini, tiada kerosakan atau kecederaan dilaporkan.



"Rata-rata, gempa bumi dengan kekuatan 8 (skala Richter) atau lebih besar hanya berlaku setahun sekali di mana saja di dunia, jadi ini adalah gempa bumi yang signifikan dan pada kedalaman dan kekuatannya berpotensi menyebabkan tsunami," kata Dr Adam Pascale, ketua saintis di ESS Earth Sciences. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >