Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

BEKALAN AYAM DI MALAYSIA

M'sia henti subsidi kepada penternak ayam mulai 1 Jul

Dana RM720j akan disalur kepada rakyat yang memerlukan terutama golongan berpendapatan rendah
Jun 03, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Mulai 1 Julai, kerajaan Malaysia tidak lagi memberi subsidi kepada penternak ayam, sebaliknya menyalurkannya kepada rakyat yang memerlukan terutama golongan berpendapatan rendah (B40).



Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu bertujuan mengurangkan beban rakyat supaya tidak terlalu tertekan dengan kenaikan harga barang.



"Kita perkenalkan subsidi untuk memastikan harga ayam tidak dinaikkan. Di Malaysia, harga apa pun boleh naik asalkan bukan harga ayam.



"Harga ikan kembung RM15 ($4.70) sekilogram mereka tak bising tetapi harga ayam, rakyat akan marah.



"Kalau dibiarkan harga diapung, harga ayam mungkin RM12 sekilogram tetapi kerajaan mahu memastikan harga ayam tidak dinaikkan, maka kita beri subsidi kepada penternak supaya harga ayam kekal RM8.90 dan kerajaan berbelanja RM720 juta untuk pastikan harga ayam tidak dinaikkan.



"Bagaimanapun, ramai penternak tidak menuntut subsidi diberikan.



"Oleh itu mulai 1 Julai nanti, kita tidak lagi memberi subsidi kepada penternak tetapi jumlah terbabit akan diberikan terus kepada rakyat," katanya kelmarin.



Datuk Ismail Sabri berkata, kerajaan akan memperkenalkan sumbangan kewangan terus kepada rakyat khususnya B40 yang terkesan akibat kenaikan harga barang.



Katanya, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) akan mengumumkan mekanismenya kelak.



"Ia bertujuan memastikan beban kenaikan harga tidak terlalu dirasai kerana ada sumbangan tunai dari kerajaan," katanya.



Datuk Ismail Sabri menegaskan, masalah rakyat sentiasa berada dalam pemikirannya.



Beliau menyedari kehidupan rakyat terhimpit sejak negara dilanda pandemik Covid-19 dan sepanjang tempoh sekarang ketika Malaysia berada dalam fasa pemulihan.



Baru-baru ini, katanya, ada laporan, kebimbangan dan pertanyaan berhubung harga barangan yang terus meningkat, kedudukan nilai mata wang ringgit serta prospek pemulihan ekonomi negara.



Sebagai ekonomi terbuka dengan nilai keseluruhan perdagangan luar merangkumi hampir 120 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), Perdana Menteri berkata Malaysia tidak terkecuali daripada mengalami kesan ketegangan geopolitik dan perubahan iklim dunia.



"Sekiranya konflik Russia-Ukraine berterusan, ia akan memberi implikasi kepada komoditi dan harga barangan.



"Tindakan beberapa negara seperti India dan Indonesia menghentikan eksport makanan juga akan memburukkan keadaan.



"Kerajaan sentiasa memantau keadaan ini dan terus komited dalam melaksanakan langkah proaktif melalui pengubahsuaian dasar tertentu, seiring perubahan senario ekonomi global yang lazimnya di luar kawalan kita," katanya. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >