Premium
Hajiji Noor Ketua Menteri Sabah baru
Pelantikan pengerusi Perikatan Nasional Sabah itu dibuat selepas perbincangan selama beberapa hari
Sep 30, 2020 | 5:30 AM
KETUA MENTERI BARU: Ketua Bersatu Sabah, Datuk Hajiji Noor, semalam dilantik menjadi Ketua Menteri Sabah yang baru. Datuk Bung Moktar, yang kini memegang portfolio Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, sebelum ini merupakan pesaing utama beliau bagi jawatan ketua menteri Sabah. - Foto SHIN MIN -
KOTA KINABALU: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Hajiji Noor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sulaman, semalam mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah yang baru.
Beliau, yang juga Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah, mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin, di Istana Negeri pagi semalam.

