Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

HARI PERTAMA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) 2.0 DI M’SIA

Jalan raya di KL sibuk, pusat beli-belah sunyi

Jan 15, 2021 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Jalan raya di bandar, terutamanya di kawasan Golden Triangle, merakamkan jumlah kenderaan yang lebih tinggi pada hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 berbanding PKP yang pertama.



Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Penolong Pesuruhjaya Zulkifli Yahya, berkata meskipun trafik tidak sesak di kebanyakan jalan raya, terdapat peningkatan besar dalam jumlah kenderaan kelmarin.



"Terdapat kenaikan sekitar 30 peratus dalam kenderaan hari ini (kelmarin) dalam bandar.



"Bagaimanapun, kadar pematuhan pemandu dengan prosedur operasi standard (SOP) bertambah baik kali ini," kata beliau.



Encik Zulkifli berkata empat pasukan dari ibu pejabat polis trafik bandar telah dikerahkan untuk melaksanakan sekatan jalan raya.



"Meskipun pemandu boleh bergerak bagi tujuan penting, polis mengingatkan mereka supaya mematuhi SOP dan keluar rumah hanya apabila perlu.



"Hadkan kegiatan di luar rumah yang melibatkan kontak dan jangan salah guna keizinan yang diberi," kata beliau.



Di Petaling Jaya, ketua polis daerah, Penolong Pesuruhjaya Nik Ezanee Nik Faisal, berkata polis telah mengerahkan 300 pegawai untuk melaksanakan empat sekatan jalan raya dan menutup lima jalan raya.



"Penutupan jalan raya terletak di Jalan Gasing 5/26, Jalan Mahogany, Jalan Jati dan jalan raya dari Kota Damansara ke Sungai Buloh.



"Penduduk PJ (Petaling Jaya) boleh menjangkakan sekurang-kurangnya lagi empat sekatan jalan raya dan beberapa lagi penutupan jalan raya dalam beberapa hari mendatang," kata beliau.



Encik Nik Ezanee berkata polis telah menerima aduan daripada penduduk yang terjejas oleh penutupan itu, namun beliau berkata langkah itu perlu kerana kenaikan dalam kes Covid-19 di beberapa bahagian daerah itu berada di tahap kritikal.



Seorang pemandu, yang hanya ingin dikenali sebagai Wahyu, 28 tahun, berkata keadaan trafik sibuk pada hari pertama penguatkuasaan.



Beliau berkata majikan tidak harus membenarkan pekerja pergi ke pejabat jika mereka bukan pekerja sektor perkhidmatan penting.



"Mereka mungkin telah mendapatkan surat keizinan daripada majikan mereka untuk bergerak.



"Mereka harus bekerja dari rumah kerana ia tidak selamat untuk keluar rumah," katanya.



Seorang lagi pengguna jalan raya, yang enggan namanya disiarkan, berkata terdapat banyak kenderaan kelmarin, terutama yang menuju ke arah Kuala Lumpur.



Beliau berkata beliau perlu ke pejabat kerana bekerja dalam sektor perkhidmatan penting.



Pusat beli-belah di Klang Valley pula menyaksikan jumlah pengunjung yang lebih rendah.



Pemeriksaan di Sunway Pyramid, 1 Utama Shopping Centre dan Mid Valley Megamall melihat hanya kedai perkhidmatan penting - seperti farmasi, penyedia khidmat telekomunikasi, pasar raya, kedai barang kemas dan restoran - dibuka.



Pekerja khidmat penghantaran makanan dan beberapa pengunjung dilihat memesan dan membawa pulang makanan.



Keselamatan di pusat beli-belah tersebut juga diperketat demi memastikan pengunjung mematuhi SOP. - NST.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >