Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

M'sia hanya izin eksport tenaga tidak boleh diperbaharui ke SG

Penjualan tenaga melalui kemudahan pengaliran yang dibangunkan sendiri dan saling sambung tidak dibenarkan
Oct 24, 2021 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Malaysia hanya akan membenarkan eksport tenaga tidak boleh diperbaharui ke Singapura, sementara penjualan tenaga ke Singapura melalui kemudahan pengaliran yang dibangunkan sendiri dan rangkaian saling sambung tidak dibenarkan, kata Kementerian Tenaga dan Sumber Asli Malaysia.



Menurut agensi berita Bernama, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli Malaysia (KeTSA) dalam satu kenyataan kelmarin berkata kerajaan Malaysia memutuskan untuk mengkaji semula Panduan Penjualan Elektrik Merentas Sempadan yang dikeluarkan Suruhanjaya Tenaga untuk memperluas bidangnya mengenai dua sumber tenaga dan kuasa.



Kenyataan itu berkata kerajaan Malaysia juga telah bersetuju bahawa caj putaran bagi menjual elektrik ke Singapura dalam tempoh percubaan dua tahun ialah AS$0.0228 (S$0.031) setiap kilowatt-sejam (kwh).



"Keputusan itu dibuat untuk memacu pengembangan industri tenaga diperbaharui (RE) sedang Malaysia berhasrat untuk mencapai aspirasi perubahan iklimnya.



"Ini juga akan membolehkan kerajaan memperuntukkan kuota solar tambahan untuk memberi manfaat kepada pemain RE Malaysia," katanya.



Panduan untuk Penjualan Elektrik Merentas Sempadan yang dikemaskini akan diterbitkan di lelaman Suruhanjaya Tenaga Malaysia pada Isnin.



Menurut kenyataan itu, keputusan itu juga bermaksud kerajaan Malaysia sekarang dapat meningkatkan kapasiti solarnya dalam sistem grid nasional.



Sejajar dengan itu, KeTSA juga memutuskan untuk mengeluarkan tambahan kuota solar sebanyak 300 Megawatt (MW) di bawah Program Nova (Net Offset Virtual Aggregation) Skim Pemeteran Tenaga Bersih (NEM), yang membolehkan perniagaan memasang solar photovoltaic (PV) di bumbung bangunan masing-masing bagi menjimatkan bil elektrik mereka.



Kuota tambahan itu dapat digunakan melalui sistem eNEM Penguasa Pembangunan Tenaga Lestari bermula 15 November ini.



"Pemberian kuota NEM Nova dijangka memberi manfaat kepada lebih dari 60 hingga 300 pelanggan komersial dan industri dan mewujudkan peluang perniagaan baru untuk lebih 100 pemain solar tempatan," kata KeTSA lagi.



Singapura sebelum ini mengumumkan ia akan mengambil beberapa langkah bagi memastikan keselamatan bekalan elektrik dan bahan api selamat di tengah-tengah gangguan sejagat yang menyebabkan harga menjulang ke paras tinggi.



Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) berkata ia akan membentuk kemudahan bahan api tambahan bagi membolehkan syarikat pembekal tenaga (gencos) menjana elektrik jika perlu.



EMA berkata ia sedang bekerjasama dengan syarikat-syarikat gencos untuk memantau tahap bekalan bahan api yang diperlukan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >