Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Myanmar terus bergelora, korban cecah lebih 250

Mar 23, 2021 | 05:30 AM



YANGON: Keadaan di Myanmar terus bergelora dengan pasukan keselamatan negara itu dilihat tidak mempedulikan keselamatan rakyat yang tampil melakukan tunjuk perasaan bagi menolak kudeta tentera yang dilakukan pada 1 Februari lalu.



Jumlah kematian terus meningkat - dipercayai lebih 250 sejauh ini dengan ramai lagi cedera parah, dengan sesi bantahan di pusat bandar Monywa kelmarin menyaksikan sekurang-kurangnya dua lagi cedera dalam pertempuran antara penunjuk perasaan dan pasukan keselamatan, kata dua saksi kepada agensi AFP.



"Saya melihat orang membawa seorang lelaki yang ditembak dan dibunuh.



"Mereka (pasukan keselamatan) menggunakan bom tangan dan gas pemedih mata ... kemudian mereka mula menembak. Saya tidak tahu apakah lelaki itu, yang mati di tempat kejadian setelah terkena kepalanya, terbunuh akibat peluru getah," kata seorang penduduk tempatan kepada AFP, sambil menambah mayat itu dibawa ke hospital tempatan.



Menurut Persatuan Bantuan untuk Tahanan Politik (AAPP), angka kematian akibat siri bantahan yang sudah berlanjutan beberapa minggu itu, sudah menghampiri 250 orang.



Pada 1 Februari lalu, tentera merampas kuasa selepas menahan Suu Kyi yang juga Kaunselor Negara dan Presiden Myanmar Win Myint.



Ia selepas tentera Myanmar menuduh berlaku penipuan dalam pilihan raya umum November lalu.



Tentera Myanmar kemudian mengisytiharkan darurat selama setahun dan melantik Panglima Angkatan Tenteranya, Jeneral Min Aung Hlaing, sebagai Pemangku Presiden.



Susulan itu, demonstrasi tercetus di seluruh negara bagi membantah rampasan kuasa oleh tentera.



Sementara itu, kerajaan Australia mengesahkan pihaknya membantu dua warga negara yang ditahan ketika cuba meninggalkan Yangon.



Difahamkan, perunding perniagaan, Encik Matthew O'Kane dan Cik Christa Avery, yang dikatakan memiliki dua kewarganegaraan Canada-Australia, berada dalam tahanan rumah setelah cuba meninggalkan negara itu dengan penerbangan bantuan Jumaat lalu.



Pasangan itu menjalankan perniagaan perundingan khas di Yangon.



Jabatan Hal Ehwal Global Canada mengatakan, pihaknya menyedari kes yang membabitkan rakyat mereka dan sedang menyediakan perkhidmatan rundingan dengan pihak terbabit.



Sementara itu, Ahli Ekonomi rakyat Australia, Encik Sean Turnell, yang juga penasihat Suu Kyi, juga masih dalam tahanan tentera.



Kecaman antarabangsa oleh Washington, Brussels dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) setakat ini gagal menghentikan pertumpahan darah antara penunjuk perasaan dan pasukan keselamatan Myanmar.



Dalam pada itu, doktor dan jururawat di tengah Myanmar, juga menyertai demonstrasi membantah rampasan kuasa oleh tentera negara itu.



Mereka memakai topi keselamatan dan membawa poster pemimpin Aung San Suu Kyi yang digulingkan.



Protes di Mandalay, bandar kedua terbesar di Myanmar itu diadakan pada pagi bagi mengelak pertempuran dengan pasukan keselamatan.



Di bandar Thaketa, kawasan itu mengalami serangan berterusan minggu ini, dengan pasukan keselamatan melepaskan tembakan ke atas penduduk yang cuba membalas serangan dengan melemparkan bom petrol.



Penduduk yang enggan dikenali berkata, seorang remaja terbunuh akibat ditembak di muka.



Rakaman video di bandar menyaksikan pasukan keselamatan mengendap penunjuk perasaan, menembak secara rawak dan menakutkan penduduk. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >