Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Niaga di Batam segar semula tapi masih jauh dari tahap prapandemik

Selain di seberang Tambak, Batam juga menjadi tarikan popular bagi warga Singapura bagi persiapan Hari Raya. Namun, pandemik Covid-19 telah banyak menyebabkan perniagaan yang mengharapkan pelanggan Singapura mengalami kerugian. BERITA HARIAN meninjau beberapa perniagaan di Batam yang terjejas oleh Covid-19 dan harapan mereka. Selain itu, BH juga meninjau antara usaha sebuah resort untuk menarik lebih ramai penduduk Singapura ke pulau Riau.
Apr 12, 2023 | 05:30 AM



PERNIAGAAN di Batam telah menunjukkan tanda-tanda pulih, tetapi masih jauh lagi daripada tahap prapandemik.



Umumnya, para peniaga di pulau yang popular dalam kalangan warga Singapura itu menikmati peningkatan penjualan antara 5 dengan 50 peratus, dengan kedai-kedai menjual makanan mencatatkan peningkatan lebih tinggi berbanding kedai-kedai menjual pakaian, contohnya.



Pemilik gerai Toko Karya Maju, Encik Ridho Fernandes, yang menjual pelbagai jenis keropok dan barangan kering, memberitahu Berita Harian (BH) bahawa perniagaan semakin rancak sejak sekatan Covid-19 dilonggarkan di Batam dan juga Singapura.



Menurut pemilik generasi ketiga berusia 38 tahun, perniagaannya telah bertambah baik, dengan penjualan meningkat sekitar 50 peratus, dengan semakin ramai rakyat Singapura yang berkunjung ke Batam untuk membeli-belah.



"Mereka akan ke kedai saya dan membeli keropok-keropok dan juga tidak lepas membeli ikan asin, ikan bilis, udang kering dan juga snek-snek yang lain," ujarnya, kepada wartawan yang mengunjungi gerainya sebelum Ramadan pada pertengahan Mac.



Menurutnya, pengunjung warga Singapura akan ke Batam sebelum Ramadan untuk membeli-belah berbanding semasa Ramadan.



"Sebelum Covid-19, selalunya semasa Ramadan, jumlah pengunjung rakyat Singapura akan merosot. Tetapi sebelum Ramadan, ramai yang akan datang untuk membeli barangan kering dan juga keropok untuk persediaan Hari Raya.



"Tetapi sejak kelonggaran sekatan perjalanan antara negara, perniagaan belum lagi sampai tahap sebelum Covid-19," ujar beliau yang terus berharap lebih warga Singapura akan datang ke Batam untuk menyokong perniagaan-perniagaan di situ.



Selain kedai-kedai menjual makanan, BH juga telah mengunjungi pusat beli-belah seperti Nagoya Mall dan DC Mall untuk meninjau butik-butik yang menjual pakaian sempena Hari Raya.



Bagi butik Angella yang terletak di Nagoya Mall, ia kelihatan tidak sibuk dan lapang pada tengah hari Sabtu.



Pemilik butik itu, Cik Merece, 52 tahun, baru sahaja membuka cawangan kedua bagi butik itu sekitar setahun di pusat beli-belah tersebut.



"Untuk pakaian pula, sebelum Ramadan belum lagi sibuk. Selalunya pelanggan akan mula membeli baju lebaran pada minggu-minggu akhir puasa.



"Meskipun demikian, perniagaan sejauh ini agak perlahan. Tidak seperti dulu. Mungkin masih terlalu awal untuk mengatakan jika perniagaan akan bertambah pulih.



"Namun jika mengikut kadar perniagaan sekarang, saya jangkakan lagi lama lagi sebelum perniagaan bertambah baik," ulas Cik Merece, yang berkata beliau hanya melihat peningkatan 20 peratus dalam perniagaannya.



Beliau juga masih berniaga di butik pertamanya di DC Mall yang telah beroperasi selama 22 tahun.



Bagi peniaga Cik Eli Marlina, pemilik butik Ell Collection di DC Mall, beliau mengongsi bahawa walaupun dengan sekatan kini dilonggarkan, perniagaannya masih sangat perlahan.



DC Mall yang seringkali dikenali sebagai pusat beli-belah yang sibuk dan riuh pada hujung minggu, juga lengang pada Sabtu tersebut.



Menurut Cik Eli, butiknya menerima lebih ramai pelanggan warga setempat berbanding pelancong.



"Perkembangan perniagaan sekarang terlalu perlahan. Sejauh ini saya lihat hanya sekitar 5 peratus pulih, tapi saya berharap dengan stok baru yang akan datang, ia dapat menarik lebih ramai pelanggan," ujar peniaga berusia 41 tahun itu, yang telah membuka butiknya di DC Mall sejak 2005.



Kedua-dua pemilik butik berharap bahawa perniagaan juga akan bertambah rancak dan akur bahawa dengan lebih ramai pelancong warga Singapura, perniagaan mereka juga dapat meningkat.



"Saya rasa untuk penjualan pakaian, mungkin masih memerlukan lagi setahun dua sebelum kami melihat perniagaan kembali ke tahap prapandemik," tambah Cik Eli.




"Sebelum Ramadan belum lagi sibuk. Selalunya pelanggan akan mula membeli baju lebaran pada minggu-minggu akhir puasa.

Tetapi perniagaan sejauh ini agak perlahan. Tidak seperti dulu. Mungkin masih terlalu awal untuk mengatakan jika perniagaan akan bertambah pulih.

Namun jika mengikut kadar perniagaan sekarang, saya jangkakan lagi lama lagi sebelum perniagaan bertambah baik.''

- Cik Merece, pemilik butik Angella yang terletak di Nagoya Mall.




"Sebelum Covid-19, selalunya semasa Ramadan, jumlah pengunjung rakyat Singapura akan turun. Tetapi sebelum Ramadan, ramai yang akan datang untuk membeli barangan kering dan juga keropok untuk persediaan Hari Raya.

Tetapi sejak kelonggaran sekatan peraturan perjalanan antara negara, perniagaan belum lagi sampai tahap sebelum Covid-19.''

- Encik Ridho Fernandes, pemilik gerai Toko Karya Maju.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >