Premium
Ujian besar menanti PM baru Malaysia
Ismail Sabri perlu rungkai krisis politik * Bentuk kabinet tangkas dan dinamik * Kekang penularan Covid-19
Aug 22, 2021 | 5:30 AM
CABARAN PERDANA MENTERI KE-9: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di sebuah hotel di Kuala Lumpur bagi satu majlis privet kelmarin selepas beliau mendapat perkenan bagi pelantikan untuk jawatan tertinggi pentadbiran negara dan mengangkat sumpah jawatan hari ini. - Foto EPA-EFE -
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berdepan ujian besar selepas dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan, menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin, terutamanya dalam menjaga kesejahteraan rakyat.
Selain itu, Profesor Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain, dalam tulisannya di Berita Harian Malaysia (BHM) semalam berkata, perdana menteri baru itu perlu berusaha merungkai krisis politik dengan bijaksana seperti titah Seri Paduka baginda.

