Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pemimpin Jepun, AS, Australia dan India bincang 'isu' China

May 25, 2022 | 05:30 AM



TOKYO: Pemimpin Jepun, India, Australia dan Amerika Syarikat bertemu di Tokyo semalam untuk mencari titik persamaan berkaitan usaha membendung pengaruh ekonomi dan ketenteraan China yang semakin meningkat.



Sidang puncak kumpulan yang digelar Quad itu berlangsung sedang Beijing memperkukuh tenteranya dan menjalankan latihan serta gerakan di sekitar wilayah yang dipertikaikan di Asia, termasuk Taiwan.



Kelmarin, Presiden Amerika, Encik Joe Biden, memberi amaran kepada China bahawa ia "bermain dengan bahaya" sedang Beijing meningkatkan kegiatan ketenteraan di sekitar pulau yang ditadbir sendiri itu, yang dianggap China sebagai sebahagian daripada wilayahnya.



Encik Biden berkata Washington akan bersedia campur tangan secara ketenteraan untuk mempertahankan Taiwan, mendorong China memberi amaran kepada Amerika supaya tidak memandang rendah "azam teguh, tekad dan keupayaan kuat" negara itu.



Sementara itu, Jepun juga secara beransur-ansur meningkatkan retoriknya mengenai langkah ketenteraan Beijing, memberi amaran kepada China terhadap percubaan mahu "mengubah status quo secara sendiri melalui kekerasan".



Tokyo sedang bekerjasama dengan Washington untuk memantau kegiatan tentera laut China, dan memandang berat akan pergerakan di sekitar wilayah yang dipertikai yang dipanggil Jepun kepulauan Senkaku, sementara Beijing memanggilnya kepulauan Diaoyu.



Dengan latar belakang ini, Perdana Menteri Jepun, Encik Fumio Kishida, mengalu-alukan Encik Biden; Perdana Menteri India, Encik Narendra Modi; dan Perdana Menteri Australia yang baru dipilih, Encik Anthony Albanese.



Dalam kalangan sebilangan empat negara itu, terdapat harapan bahawa pakatan longgar itu boleh diubah menjadi blok lebih kuat yang mampu membariskan pasukan bersatu terhadap Beijing.



"Kumpulan Quad sedang menunjukkan kepada dunia bahawa kerjasama dalam kalangan negara demokrasi boleh melakukan perkara besar," kata Encik Biden kelmarin selepas perbincangan dengan Encik Kishida.



Namun pakatan itu menjadi agak rumit dengan India - satu-satunya anggota Quad yang tidak mengutuk pencerobohan Russia ke atas Ukraine.



Encik Biden dan sekutunya telah mengaitkan tindak balas kuat terhadap perang Moscow dengan cita-cita serantau Beijing, menegaskan sekatan ke atas Russia adalah penghalang kepada kuasa lain mempertimbangkan tindakan ketenteraan secara sendirian.



Pegangan itu telah menjadikan keengganan tegas India untuk memilih pihak dalam konflik tersebut menjadi subjek lebih rumit.



"Kumpulan Quad memberi gambaran ia memberi tumpuan kepada cara menangani China. Tetapi India berkemungkinan mengambil sikap neutral," kata Profesor Kazuhiro Maeshima dari Universiti Sophia Tokyo, memberitahu AFP.



"Untuk tidak memberi tekanan kepada India, (Jepun dan Amerika) mungkin memberi tumpuan kepada perkara seperti ekonomi dan perubahan iklim," tambahnya.



Encik Biden tiba di Jepun pada Ahad lalu selepas singgah di Seoul sedang beliau cuba meyakinkan sekutu Asia bahawa pentadbirannya tidak terganggu oleh perang di Ukraine.



Selain itu, Washington berkata program nuklear dan peluru berpandu Pyongyang juga berkemungkinan dibincang dalam agenda Quad. - AFP.




“Kumpulan Quad memberi gambaran ia memberi tumpuan kepada cara menangani China. Tetapi India berkemungkinan mengambil sikap neutral. Untuk tidak memberi tekanan kepada India, (Jepun dan Amerika) mungkin memberi tumpuan kepada perkara seperti ekonomi dan perubahan iklim.”
– Profesor Kazuhiro Maeshima dari Universiti Sophia Tokyo.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >