Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

BERITA

Ribuan rakyat Myanmar keluar adakan bantahan lagi

Tunjuk perasaan dimula sehari selepas mogok aman di serata negara
Mar 26, 2021 | 05:30 AM



YANGON: Ribuan rakyat Myanmar yang menyokong demokrasi telah mengadakan bantahan di jalanan semalam, sehari selepas satu mogok yang dijalankan secara aman di serata negara menyaksikan perniagaan ditutup dan orang ramai duduk di rumah.



Tindakan ini sebagai menyatakan pendirian rakyat yang membantah rampasan kuasa dan pentadbiran rejim tentera yang mengambil alih kuasa sejak 1 Februari lalu.



Bantahan jalanan diadakan di Yangon, ibu kota komersial Myanmar, di tengah bandar Monywa dan beberapa bandar lain, menurut saksi dan catatan di media sosial.



"Adakah kami bersatu? Ya," laung para penunjuk perasaan di Monywa. "Revolusi mesti berjaya."



Pihak berkuasa Myanmar kelmarin membebaskan lebih 600 penunjuk perasaan yang dipenjarakan ketika kemarahan rakyat terus memuncak berikutan tindakan keras lagi ganas oleh junta tentera.



Di hab komersial Yangon, lebih 600 penduduk termasuk 360 lelaki dan 268 wanita yang terbabit dalam tunjuk perasaan, dibebaskan dari Penjara Insein.



Sementara itu, seorang peguam, Encik Khin Maung Myint, yang berada di penjara itu bagi urusan perbicaraan dua pelanggannya, berkata 16 bas yang membawa penunjuk perasaan itu dilihat meninggalkan penjara berkenaan.



"Mereka dihantar ke balai polis berkaitan untuk pulang ke rumah... beberapa pelanggan menelefon saya memaklumkan mereka sudah dibebaskan," katanya.



Media tempatan turut memaparkan imej tahanan itu di dalam bas dengan menunjukkan tabik tiga jari, iaitu tanda bantahan terhadap junta tentera Myanmar.



Kelihatan orang ramai turut menunggu di luar penjara, melambai dan menunjukkan isyarat tabik yang sama.



Rejim tentera melancarkan gelombang serangan berunsur ganas bagi mencetuskan ketakutan dalam usaha menghentikan protes yang terus digerakkan di seluruh negara.



Tunjuk perasaan yang bermula sejurus pemerintah pimpinan Cik Aung San Suu Kyi digulingkan pada 1 Februari lalu berterusan setiap hari sehingga kini.



Pemenang anugerah Nobel berusia 75 tahun itu sepatutnya menjalani perbicaraan di mahkamah hari ini di Naypyidaw, ibu kota Myanmar, atas pertuduhan jenayah yang mungkin menyebabkan kerjaya politiknya disekat sama sekali.



Bagaimanapun, peguamnya, Encik Khin Maung Zaw, berkata sesi perbicaraan itu ditangguhkan disebabkan junta Myanmar menyekat penggunaan Internet, sekali gus menyukarkan sesi persidangan video dijalankan.



Dalam perkembangan berkaitan, kumpulan aktivis di seluruh negara turut menyeru 'protes senyap' hari ini dengan mengosongkan jalan di bandar Yangon dan Naypidaw.



Di bandar selatan Myanmar, Myeik, deretan boneka diletakkan di sepanjang jalan lengkap dengan tulisan 'kami memerlukan demokrasi' dan 'kami berharap Ibu Suu sihat'.



Sekurang-kurangnya 286 orang telah terbunuh akibat tindakan keras pasukan keselamatan dalam usaha mereka menghentikan kekacauan sejak kudeta 1 Februari lalu itu, menurut kumpulan aktivis Persatuan Bantuan bagi Banduan Politik.



Menteri Ehwal Luar Singapura, Dr Vivian Balakrishnan, dijadualkan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya dari Indonesia, Cik Retno Marsudi, di Jakarta, bagi membincangkan isu Myanmar.



Malaysia dan Indonesia menggesa diadakan satu mesyuarat tergempar di kalangan pemimpin Asean, di mana Myanmar adalah negara anggota, bagi membincangkan krisis yang berlaku. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >