Taufan landa Korea S cetus banjir, jejas bekalan elektrik
Premium
Taufan landa Korea S cetus banjir, jejas bekalan elektrik
Sep 4, 2020 | 5:30 AM
BUSAN (Korea Selatan): Sekurang-kurangnya seorang penduduk dilaporkan terbunuh dan lebih 2,000 orang dipindahkan ke tempat perlindungan sementara di Korea Selatan sedang taufan kuat melanda seluruh Semenanjung Korea, menurut pihak berkuasa semalam.
Taufan Maysak - dinamakan sempena bahasa Kemboja bagi sejenis pokok - melanda awal pagi semalam di selatan negara itu, Busan, merosakkan banyak lampu isyarat dan pokok serta membanjiri jalan raya.

