Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

'Berita' tular Ismail Sabri dilantik pengerusi Petronas adalah palsu

Dec 9, 2022 | 5:30 AM
PALSU: Jabatan Perdana Menteri (JPM) Malaysia memaklumkan maklumat tular di media sosial bertajuk 'Ismail Sabri dilantik Pengerusi Petronas' adalah palsu. - Foto FACEBOOK JABATAN PERDANA MENTERI
PALSU: Jabatan Perdana Menteri (JPM) Malaysia memaklumkan maklumat tular di media sosial bertajuk 'Ismail Sabri dilantik Pengerusi Petronas' adalah palsu. - Foto FACEBOOK JABATAN PERDANA MENTERI -

KUALA LUMPUR: Jabatan Perdana Menteri (JPM) memaklumkan maklumat tular di media sosial bertajuk 'Ismail Sabri dilantik Pengerusi Petronas' adalah palsu.

Sehubungan itu, JPM dalam hantaran menerusi Facebook semalam mengingatkan orang ramai agar tidak menyebarkan atau berkongsi sebarang maklumat yang tidak pasti atau palsu.

Akhbar Berita Harian Malaysia (BHM) memetik agensi berita rasmi, Bernama, sebagai mengatakan JPM turut meminta orang ramai supaya merujuk kepada akaun media sosial rasmi JPM untuk berita sahih di semua platform media sosial, iaitu akaun Facebook Jabatan Perdana Menteri, akaun Twitter @jpmgov, Instagram @jabatanperdanamenteri dan TikTok @jpmgov.

Terdahulu, tular di media sosial apabila orang ramai berkongsi poster yang memaparkan gambar pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dengan beberapa maklumat yang menyatakan kononnya Datuk Seri Anwar secara dasar telah bersetuju dengan pelantikan Datuk Ismail Sabri sebagai Pengerusi Petronas. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg