Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kian banyak komponen senjata China ditemui di Ukraine

Apr 18, 2023 | 05:30 AM



LONDON, FRANKFURT: Tentera Ukraine menemui semakin banyak komponen dari China dalam senjata Russia yang digunakan di Ukraine, kata seorang penasihat kanan di pejabat Presiden Volodymyr Zelensky kepada Reuters, sedang bekalan dari Barat terjejas oleh sekatan.



Dalam "senjata yang diperoleh semula dari medan perang kami terus menemui elektronik yang berbeza", kata Encik Vladyslav Vlasiuk, yang menasihati ketua kakitangan Presiden mengenai dasar sekatan.



"Trend sekarang ialah berkurangnya komponen buatan Barat tetapi lebih banyak komponen yang dibuat negara tidak sukar diteka negara mana. Sudah tentu, China," katanya menerusi panggilan video.



China telah berulang kali menafikan menghantar peralatan ketenteraan ke Russia sejak pencerobohan Moscow ke atas Ukraine pada Februari 2022.



Serangan itu mencetuskan sekatan Barat, termasuk ke atas penghantaran ketenteraan dan teknologi dwi-guna seperti cip mikro yang boleh digunakan dalam peralatan biasa atau senjata.



Perisikan yang dikumpul oleh pakar Ukraine dari medan perang dan dikongsi dengan Reuters menyatakan bahawa komponen buatan China ditemui dalam sistem navigasi dalam dron udara Orlan yang sebelum ini menggunakan sistem Switzerland.



Pakar juga melaporkan menemui bahagian China dalam sistem kawalan kebakaran dalam kereta kebal Russia yang sebelum ini menggunakan alat ganti buatan Perancis.



Reuters tidak dapat mengesahkan perisikan secara bebas, termasuk sama ada komponen yang disebutkan mungkin bertujuan untuk kegunaan bukan ketenteraan atau sama ada ia dipindahkan ke Russia oleh pihak ketiga.



"Kami sedang mengumpul pelbagai barangan, buatan China," kata Encik Vlasiuk.



Ditanya sama ada syarikat China telah menyediakan bahagian untuk peralatan ketenteraan Russia, pejabat jurucakap Kementerian Luar China memberitahu Reuters: "Sepanjang sejarah, China telah melancarkan kerjasama perdagangan biasa dengan semua negara, termasuk Russia, atas dasar kesaksamaan dan faedah bersama."



"Bagi eksport barangan ketenteraan, China sentiasa mengamalkan sikap berhemat dan bertanggungjawab. Kedudukan dan tindakan China sentiasa seperti ini."



Encik Vlasiuk berkata bahawa Ukraine dapat mengenal pasti beberapa pengeluar atau pembekal dan berkongsi maklumat itu dengan sekutu Barat.



Dia menamakan China North Industries Group (Norinco), pembuat senjata China, sebagai satu pembekal serta pembekal tentera Xinxing Guangzhou Import and Export sebagai satu lagi pembekal, tanpa menyatakan apa yang mereka telah bekalkan.



Seorang kakitangan di Norinco, yang enggan memberikan nama mereka, berkata syarikat itu "tidak menyediakan komponen peralatan ketenteraan kepada Russia".



Xinxing Guangzhou Import and Export tidak segera menjawab permintaan untuk memberi komen.



Kementerian Luar Russia tidak segera menjawab permintaan untuk memberi komen. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >