Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MENJELANG PILIHAN RAYA NEGERI MELAKA

BN tampilkan 28 calon, mahu tanding secara sendirian

Hingga 86% calon merupakan muka baru; enggan kerjasama dengan parti-parti lain: Pengarah Pilihan Raya BN, Mohamad Hasan
Nov 07, 2021 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) menampilkan 28 calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sekali gus bertanding secara bersendirian tanpa kerjasama parti lain.



Pengarah Pilihan Raya BN, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata dalam PRN itu, Umno menampilkan 20 calon, tujuh diwakili MCA dan satu kerusi MIC.



Beliau berkata, daripada jumlah itu, 24 calon atau 86 peratus adalah calon muka baru dan ia tidak pernah dilakukan BN dalam mana-mana pilihan raya sebelum ini, lapor Berita Harian Online semalam.



Katanya, BN juga menggunakan tema Kestabilan Demi Kemakmuran pada PRN Melaka bagi menarik sokongan pengundi kerana kestabilan amat penting dalam memastikan kelancaran pentadbiran kerajaan negeri yang bakal dibentuk kelak.



"Dalam permuafakatan BN ini, sukacita saya maklumkan BN pergi (bertanding) secara bersendirian, tidak akan bersama-sama dengan mana-mana parti dan kita akan guna logo kita sendiri sebagai sebuah parti yang melambangkan kemajmukan masyarakat berbilang kaum dalam negara ini



"BN pergi bersendirian, saya ulang lagi sekali, tidak ada lagi soal jawab sama ada nak bersama dengan siapa-siapa.



"Sehubungan itu BN akan menurunkan 28 calon di 28 DUN PRN Melaka. Seramai 24 calon baru dan empat adalah penyandang. Keputusan dibuat hasil perbincangan semua parti komponen dalam BN," katanya pada sidang media di Menara Dato Onn di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini, semalam.



Turut hadir di sidang media termasuk Penasihat BN, Datuk Seri Najib Tun Razak, dan Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.



Berkenaan komposisi calon muka baru dan lama, Datuk Mohamad berkata, buat kali pertama peratusan muka baru adalah jauh lebih tinggi, berbanding penyandang iaitu sebanyak 86 peratus.



Sebelum ini, kata Datuk Mohamad, jumlah calon muka baru kebiasaannya tidak melebihi 50 peratus.



"Di samping itu, BN turut mengetengahkan 28 peratus calon berusia 45 tahun ke bawah



"Kita juga menampilkan lima calon wanita iaitu empat dari Umno dan seorang dari MCA," katanya.



Mengulas lanjut, Datuk Mohamad, berkata calon BN juga datang dari pelbagai latar belakang profesional seperti doktor perubatan, peguam dan jurutera dengan kebanyakan daripada mereka berusia 50 tahun ke bawah dan telah melepasi semua tapisan.



"Kita mencampurkan dengan begitu rupa gandingan muka baru dan yang berpengalaman dengan harapan kerajaan yang dapat dibentuk nanti dapat menjadi kerajaan yang berupaya menguruskan negeri dengan baik.



"Dari situ kita akan dapat beri kemakmuran kepada rakyat Melaka," katanya.



Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan esok sebagai hari penamaan calon PRN Melaka manakala proses pengundiannya pada 20 November ini.



PRN Melaka diadakan ekoran pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 4 Oktober lalu susulan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali.



Empat Adun berkenaan ialah Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas).



Sementara itu seramai 3,800 pegawai, anggota polis akan ditugaskan bagi PRN Melaka nanti.



Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Lazim, berkata jumlah itu mencukupi untuk memastikan proses pilihan raya berjalan lancar tanpa kejadian yang tidak diingini. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >