Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:30
Maghrib
7:10
Isyak
8:24

Berjuta wang tunai ISIS musnah dalam serangan udara

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Berjuta wang tunai ISIS musnah dalam serangan udara

Jan 12, 2016 | 11:46 AM

WASHINGTON: Satu serangan udara oleh perikatan pimpinan Amerika Syarikat memusnahkan kemudahan simpanan wang tunai yang digunakan kumpulan pengganas Negara Islam di Iraq dan Syria (Isis) di bandar Mosul di Iraq, seorang pegawai pertahanan Amerika berkata pada Isnin (11 Jan).

Dua bom 2,000 pound (900kg) melanda kemudahan itu, memusnahkan wang tunai "berjuta-juta" dolar, ujar pegawai tersebut, yang bercakap dengan syarat namanya tidak disiar.

"Kami menganggarkan berjuta-juta dolar... hasil daripada semua perkara haram mereka: minyak, rompakan, peras ugut," kata pegawai itu.

CNN, yang pertama kali melaporkan serangan tersebut, berkata tentera Amerika percaya antara lima dan tujuh orang awam terbunuh.

Perikatan pimpinan Amerika yang menjalankan serangan udara dan dron terhadap ISIS semakin menyasarkan keupayaan kumpulan itu menghasilkan pendapatan, termasuk dengan mengebom trak yang membawa minyak haram di seluruh Syria.

Di bawah tekanan daripada pengkritik yang berkata kempen serangan itu bergerak terlalu perlahan, Pentagon menyatakan ia akan menimbang pelbagai sasaran lebih luas walaupun ini mungkin menyebabkan kematian orang awam, dengan syarat serangan itu menimpakan kerugian ketara terhadap ISIS.

Pegawai pertahanan itu berkata perikatan tersebut menyasarkan kemudahan menyimpan wang tunai sekali atau dua kali tahun lalu, tetapi tindakan terkini "mungkin" yang terbesar setakat ini.

Tidak jelas apakah wang itu dalam dolar Amerika, mata wang asing lain, atau dinar Iraq, kata pegawai itu. - AFP

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3