Subuh
5:57
Syuruk
7:14
Zuhur
1:18
Asar
4:28
Maghrib
7:19
Isyak
8:28
Dapatkan laporan terkini berkaitan Covid-19. Ikuti kami di Telegram
Dunia0

Bernie Sanders janji bantu Hillary Clinton kalahkan Trump

Jun 17, 2016 | 12:32 PM

WASHINGTON: Senator Bernie Sanders berjanji pada Khamis (16 Jun) akan berusaha bersama calon presiden andaian Parti Demokratik, Cik Hillary Clinton, untuk mengalahkan calon andaian Parti Republikan, Encik Donald Trump, pada pilihan raya pada 8 Nov, tetapi tidak secara rasmi menarik diri daripada perlumbaan untuk ke Rumah Putih.

Senator Sanders tidak melahirkan sokongan kepada Cik Clinton dalam ucapan dalam talian bagi para penyokongnya, tetapi menyatakan dengan jelas beliau telah mengalihkan tumpuan untuk membina sebuah gerakan akar umbi bagi memperjuangkan agenda dasar liberal dan mengubah Parti Demokratik.

"Tugas politik utama yang kita hadapi dalam tempoh lima bulan akan datang ialah memastikan Donald Trump dikalahkan dan dikalahkan dengan teruk, dan saya secara peribadi berhasrat memulakan peranan saya dalam proses itu dalam tempoh singkat," kata senator dari Vermont itu.

"Saya juga berharap dapat bekerjasama dengan Setiausaha Clinton untuk mengubah Parti Demokratik supaya ia menjadi parti bagi orang yang bekerja dan anak muda, dan bukan hanya bagi penyumbang kempen yang kaya," ujarnya dalam satu siaran ucapan dari kampung halamannya di Burlington, Vermont.

Senator Sanders, yang menolak tekanan daripada Demokrat agar keluar daripada perlumbaan menjadi calon presiden parti itu dan menyokong Cik Clinton sejak beliau meraih pencalonan parti itu minggu lalu, berkata beliau akan terus berjuang bagi matlamatnya mengurangkan ketidaksamaan pendapatan, menghentikan politik wang dan mengekang Wall Street.

Berita Popular

Beliau telah membuang beberapa kakitangannya, berhenti berkempen dan menggugurkan rancangan menawan perwakilan dalam satu pengakuan yang tidak dilafaz bahawa Cik Clinton, seorang bekas setiausaha negara, akan menjadi calon Demokratik bagi pilihan raya pada Nov. - Reuters

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map