Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bernie Sanders tamatkan kempen; Joe Biden calon Parti Demokratik lawan Trump

Apr 9, 2020 | 8:03 AM
TAMATKAN KEMPEN: Calon Parti Demokratik, Encik Bernie Sanders (kiri), mengakhiri kempennya sekaligus membolehkan pesaingnya, Encik Joe Biden, meneruskan langkah menentang Presiden Donald Trump untuk jawatan Rumah Putih.
TAMATKAN KEMPEN: Calon Parti Demokratik, Encik Bernie Sanders (kiri), mengakhiri kempennya sekaligus membolehkan pesaingnya, Encik Joe Biden, meneruskan langkah menentang Presiden Donald Trump untuk jawatan Rumah Putih. - EPA-EFE

WASHINGTON: Calon Parti Demokratik, Encik Bernie Sanders, semalam memutuskan untuk menamatkan kempen untuk menjadi calon parti itu bagi pilihan raya presiden.

Keputusan itu bermakna mantan Naib Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, akan berentap dengan Presiden Donald Trump, dari Parti Republikan pada 3 November ini, bagi jawatan di Rumah Putih itu.

Encik Sanders, yang sebelumnya dilihat sering mendahului barisan calon lain dari parti demokratik, mengakui beliau kini tidak lagi punya laluan jelas untuk mewakili partinya kerana mengalami kekalahan demi kekalahan di tangan pesaingnya, Encik Biden.

Encik Sanders bagaimanapun berjanji untuk bekerja bersama-sama Encik Biden untuk menyingkirkan Encik Trump.

Menurutnya, beliau akan terus kekal dalam pengundian peringkat daerah dan terus menghimpunkan anggota delegasi bagi memajukan agenda Demokratik ke arah agenda antikorporat, dan sistem penjagaan kesihatan pemerintah dan peningkatan cukai yang dianggap lebih memanfaatkan golongan kaya. - Reuters

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg