Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

BERITA

Bersatu pandang serius pendirian Umno tolak kerjasama

Mar 06, 2021 | 05:30 AM



PUTRAJAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memandang serius pendirian Umno menolak kerjasama dengan parti itu pada pilihan raya umum akan datang, sekali gus memberi kesan besar kepada kerjasama masa depan antara Umno, Bersatu dan Perikatan Nasional (PN).



Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin, menyatakan demikian dalam satu kenyataan selepas mesyuarat majlis pimpinan tertinggi (MPT) parti itu malam kelmarin.



Antara lain mesyuarat itu membincangkan surat Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga presiden Bersatu, dengan Umno menyatakan tidak akan bekerjasama dengan Bersatu pada pilihan raya akan datang.



Dalam hal ini, Datuk Hamzah menegaskan Bersatu memutuskan untuk terus memberi tumpuan dalam memperkasakan gerak kerja bersama rakan dalam PN, iaitu Parti Islam SeMalaysia (PAS), Parti Solidariti Tanah Airku (Star), Parti Progresif Sabah (SAPP) dan Gerakan berlandaskan perjuangan yang jujur serta ikhlas kepada rakyat bagi memenangi pilihan raya akan datang.



"Bersatu juga berpendirian bahawa kerajaan PN pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin masih utuh dan berfungsi untuk memberi khidmat kepada rakyat," katanya dalam kenyataan itu.



Terdahulu, Tan Sri Muhyiddin yang juga pengerusi PN, mempengerusikan mesyuarat MPT parti itu di sebuah hotel lapor Berita Harian Malaysia (BHM).



Mesyuarat bermula pada 4.30 petang dan berakhir kira-kira dua jam kemudian.



Mengulas lanjut mengenai mesyuarat itu, Datuk Hamzah berkata Bersatu menzahirkan kesyukuran atas kejayaan PN menempuh tempoh setahun mentadbir negara.



Katanya, sepanjang tempoh itu, kerajaan PN berjaya menjulang prinsip urus tadbir yang baik, telus serta berintegriti terutama dalam memelihara kebebasan badan kehakiman dan kedaulatan undang-undang.



Sementara itu, PAS semalam menyatakan ia komited untuk terus memantapkan hubungan dan kerjasama tiga serangkai utama parti Melayu dan Pribumi iaitu Umno, Bersatu dan PAS.



Setiausaha Agung, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata dalam perihal itu, PAS mengambil ketetapan meneruskan agenda memperkukuh perpaduan ummah yang menjadi asas kerjasama. PAS juga menegaskan usaha memperkasa Muafakat Nasional (MN) sekali gus mempertahan Perikatan Nasional (PN) di semua peringkat.



Semalam, Barisan Nasional (BN) membuat rayuan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menitahkan sidang Parlimen diadakan dengan kadar segera.



Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata Seri Paduka Baginda boleh memperkenankan perkara itu dengan menggunakan kuasanya di bawah Perlembagaan Persekutuan.



Datuk Ahmad Zahid berkata sidang Parlimen itu dapat membentangkan perkara termasuk keberkesanan langkah membendung penularan wabak Covid-19, demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >