Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bersih rancang adakan perhimpunan jalanan pada 19 Nov

Sep 14, 2016 | 2:56 PM
Penunjuk perasaan berarak di sepanjang Jalan Tun Perak di Kuala Lumpur semasa perhimpunan Bersih pada 30 Ogos, 2015.
Penunjuk perasaan berarak di sepanjang Jalan Tun Perak di Kuala Lumpur semasa perhimpunan Bersih pada 30 Ogos, 2015. - GAMBAR FAIL ST

PETALING JAYA: Kumpulan prodemokrasi Malaysia, Bersih, berkata pada Rabu (14 Sep) ia akan mengadakan perhimpunan jalanan pada 19 Nov bagi membantah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ketua Bersih, Cik Maria Chin Abdullah, memberitahu satu sidang akhbar kumpulan itu akan melancarkan kempen tujuh minggu di seluruh negara, menjelang perhimpunan tersebut, untuk menuntut peletakan jawatan Datuk Seri Najib berhubung cara beliau mengendalikan skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta mendesak tuntutannya bagi pilihan raya bebas dan adil.

Perhimpunan yang dirancang itu menyusuli langkah Amerika Syarikat pada 20 Julai untuk merampas aset bernilai AS$1 bilion ($1.4 bilion) yang didakwa disalur keluar daripada 1MDB.

Bersih berkata ia bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai isu 1MDB melalui satu siri pameran bergerak bulan depan, yang akan berlangsung di 246 bandar dan pekan di Malaysia.

"Bersih akan melancarkan konvoi di seluruh negara pada 1 Oktober, yang akan berakhir dengan demonstrasi pada 19 November," kata Cik Chin, ketua gabungan 94 badan masyarakat sivil itu

Beliau berkata mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga akan dijemput hadir, bersama parti politik lain.

Ia akan menjadi perhimpunan kelima kumpulan itu sepanjang sembilan tahun lalu.

Bersih mengadakan perhimpunan jalanan aman, yang menarik lebih 200,000 orang, tahun lalu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg